Koleksi Ucapan Pantun Selamat Hari Guru 2023

Koleksi Ucapan Pantun Selamat Hari Guru 2023

Selalunya kita akan ucapakan selamat apabila tibanya apa-apa perayaan dan sambutan. Tetapi sempena Hari Guru yang bakal tiba untuk tahun 2023 ini, selain daripada ucapan biasa yang kita kongsikan, mungkin kali ini kita tukar yang lebih unik iaitu dalam Pantun.

Hari Guru di sambut setiap tahun pada tanggal Enam Belas Mei dan pada tahun 2023 ini ianya jatuh pada 16 Mei 2023 iaitu pada hari Selasa. Sempena itu, Tema Hari Guru untuk tahun ini adalah Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.

Ianya merupakan sambutan tahunan yang diadakan pada menghargai jasa dan warga pendidik sama digelar Guru, Cikgu, Ustaz, Ustazah, Profesor dan sebagainya. Ianya pasti sebuah hari yang tidak dapat dilupakan oleh cikgu-cikgu ketika sambutan diadakan.

Jadi dalam tempoh ini, anda boleh berikan ucapan penghargaan kepada guru-guru anda sama ada menerusi SMS, telefon, Whatsapp atau kongsikan juga di laman media sosial anda seperti di Facebook, Twitter, Instagram, Tiktok dan sebagainya.

Senarai Ucapan Pantun Selamat Hari Guru Tahun 2023

Anda boleh gunakan ucapan-ucapan dalam bentuk pantun ini sebagai panduan untuk anda kongsikan kepada guru-guru dan cikgu-cikgu anda. Nak lebih menarik, boleh la bagi hadiah sekali bersama ucapan tersebut.

Pantun Selamat Hari Guru 1

Pelita dibakar di hujung sumbu,
Terang benderang sinar cahayanya,
Betapa mulia kerjaya guru,
Semoga Allah mengangkat darjatnya.

Pantun Selamat Hari Guru 2

Elok berseri bertudung biru,
Sopan santun simpuh beralas;
Sempena hari hargai guru,
Sejambak pantun dikirim ikhlas

Pantun Selamat Hari Guru 3

Kain lembut, berwarna biru,
Bertulis rumi, dipakai tamu,
Selamat Menyambut Hari Guru,
Berguru kami, demi ilmu.

Pantun Selamat Hari Guru 4

Gunung tinggi didaki jua,
Sampai di puncak puas terasa,
Mengajar membaca juga mengira,
Dari mula hingga dewasa.

Pantun Selamat Hari Guru 5

Suasana gunung nyaman dan redup,
Namun penuh semak dan belukar,
Guru memberi pedoman hidup,
Tanpanya pasti kita tersasar.

Pantun Selamat Hari Guru 6

Waktu pagi mendung selalu,
Hujan renyai membasah bumi,
Terima kasih guru-guru,
Kerana sudi ajarkan kami

Pantun Selamat Hari Guru 7

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia

Pantun Selamat Hari Guru 8

Jika berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi,
Kepada cikgu, yang mengajar,
Kami semua, terhutang budi.

Pantun Selamat Hari Guru 9

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Pantun Selamat Hari Guru 10

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Pantun Selamat Hari Guru 11

Untuk sahabat lama dan baru,
Warna biru jadi hasrat,
Diucap Selamat Hari Guru,
Tanpa guru, hidup melarat.

Pantun Selamat Hari Guru 12

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Pantun Selamat Hari Guru 13

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan,
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga tela korbankan.

Pantun Selamat Hari Guru 14

Pelangi muncul jarang sekali,
Indah sungguh berwarna-warni,
Jasamu guru besar sekali,
Tidak terbalas walau seinci.

Pantun Selamat Hari Guru 15

Warna biru jadi hasrat,
Suka duka, di Hari Raya,
Tanpa guru hidup melarat,
Kerana mereka kita berjaya.

Pantun Selamat Hari Guru 16

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam Belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Pantun Selamat Hari Guru 17

Merah menjala si bunga raya,
Dipetik sekuntum buat ibunda,
Terima kasih guru semua,
Menjadikan muridmu orang yang berguna

Pantun Selamat Hari Guru 18

Merah menjala si bunga raya,
Dipetik sekuntum buat ibunda,
Terima kasih guru semua,
Menjadikan muridmu orang yang berguna

Pantun Selamat Hari Guru 19

Pohon jambu lebat buahnya,
Dimakan oleh monyet dan kera,
Sabar melayan karenah muridnya,
Tiada jemu tidak terleka.

Pantun Selamat Hari Guru 20

Air sungai jernih sekali,
Sejuk terasa di jari jemari,
Tiada ternila jasa diberi,
Tampamu guru siapalah kami.

SELAMAT HARI GURU!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post