Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Ibu 2023 Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Ibu 2023 Yang Menarik

Selamat Hari Ibu merupakan antara ucapan yang sering diluahkan ketika tibanya Hari Ibu pada setiap tahun. Selain itu, sebenarnya banyak lagi contoh ucapan yang anda boleh gunakan bagi menyambut hari yang bermakna ini.

Setiap tahun, Hari Ibu atau Mother's Day jatuh pada minggu kedua bulan Mei iaitu pada hari Ahad. Jadi untuk tahun 2023 ini, di Malaysia, minggu kedua dan jatuh pada hari Ahad adalah pada 13 Mei 2023.

Ianya bukanlah sebuah perayaan rasmi di Malaysia, tetapi ianya sering disambut di seluruh dunia termasuk di Malaysia iaitu hari bagi anak-anak menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh seorang insan bergelar Ibu.

Berbanding pasangan, kawan-kawan, insan yang bergelara Ibu, Mak, Mama, Mommy, Ummi dan sebagainya ini tiada pengganti. Sepatutnya, selain daripada hari istimewa 'Hari Ibu' ini juga kita perlu menghargai dan berikan bantuan kepada ibu kita setiap hari.

Jadi untuk anda yang ingin ucapkan Hari Ibu dengan ucapan yang lebih unik dan menarik, anda boleh dapatkan senarai dibawah yang mana anda boleh gunakan sebagai rujukan.

Selain daripada ucapan Hari Ibu, penghargaan yang terbaik boleh anda berikan adalah melalui doa khusus untuk kedua ibubapa kita menerusi doa yang diajar Nabi SAW kepada kita iaitu:

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Maksudnya : "Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil."

Senarai Ucapan Selamat Hari Ibu 2023 Dan Pantun Menarik

Disini ada pelbagai contoh dan jenis ucapan Hari Ibu yang anda boleh gunakan termasuk dalam pantun. Anda bebas gunakan untuk dikongsikan kepada ibu anda, kongsi di facebook, twitter, instagram, di tiktok dan sebagainya.

Ucapan Selamat Hari Ibu 1

Selamat Hari Ibu 2023

Setiap hari adalah Hari Ibu. Kami doakan agar semua ibu-ibu ini diberikan kekuatan dalam menempuh kehidupan dan semoga sentiasa didalam rahmatNya

Ucapan Selamat Hari Ibu 2

"Kasihnya ibu membawa ke syurga..."

Selamat Hari Ibu

Ucapan Selamat Hari Ibu 3

"Pengorbanan sebagai seorang Ibu tidak ternilai dari pandangan zahir, namun ia diangkat tinggi oleh Allah SWT"

Selamat Hari Ibu 

Ucapan Selamat Hari Ibu 4

"Harta boleh dicari, ilmu boleh digali, tetapi kesempatan untuk mengasihi Ibu, takkan terulang kembali, Kasih ibu membawa ke Syurga..."

Selamat Hari Ibu

Ucapan Selamat Hari Ibu 5

"Di hanya ada satu, tiada duanya, jika pergi, tiada gantinya, itulah insan bergelar Ibu"

Ucapan Selamat Hari Ibu 6

Hargai mak kita, bukan sekadar ucapan atau kerana Hari Ibu. Tetapi hargai dengan perbuatan, bicara dan jiwa raga. Kasihi dia selayaknya, mudahkan urusannya, jangan lupa untuk mendoakannya

Ucapan Selamat Hari Ibu 7

"Maaf ibu, tahun ni takda hadiah menantu dan cucu lagi. Puas cari tak jumpa-jumpa"

Happy Mother's Day Syurgaku

Ucapan Selamat Hari Ibu 8

Ibu adalah seseorang yang selalu ada ketika orang lain meninggalkan kita. Kasih sayang tulus ikhlas tanpa mengharap balasan.

Selamat Hari Ibu untuk semua para ibu hebat diluar sana

Ucapan Selamat Hari Ibu 9

Selamat Har Ibu 2023

"Ibu, Suri Hatiku"

Ucapan Selamat Hari Ibu 10

Selamat Hari Ibu

Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan diberi kekuatan untuk hari-hari seterusnya dan sentiasa dibawa lindungan Allah SWT.

Ucapan Selamat Hari Ibu 11

"Untuk wanita yang bernama Ibu, terima kasih atas segala pengorbananmu, Semoga sentiasa berad di dalam rahmat Ilahi"

Selamat Hari Ibu

Ucapan Selamat Hari Ibu 12

Selamat Hari Ibu. Jasa ibu tiada bandingan, doa ibu sentiasa dinanti, moga ibu sentiasa bahagia

Ucapan Selamat Hari Ibu 13

Selamat Hari Ibu!

Kau adalah perempuan paling istimewa di hatiku. Dulu kini dan selamanya

Ucapan Selamat Hari Ibu 14

"Ibu boleh menggantikan sesiapapun, tapi tidak boleh digantikan dengan sesiapapun"

SELAMAT HARI IBU

Ucapan Selamat Hari Ibu 15

Selamat Hari Ibu

Semoga ibumu dan ibuku menjadi besan 😁

Ucapan Selamat Hari Ibu 16

Happy Mother' Day mom! Thank you for being wonder woman for us. Love you!

Ucapan Selamat Hari Ibu 17

Happy Mother's Day to all the tough, hard-working, patien, loving and all-around amazing moms out there.

Ucapan Selamat Hari Ibu 18

Happy Mother's Day to the best mom ever! I love you so much!

Ucapan Selamat Hari Ibu 19

Wishing you a very special mothers day. Thank you for always being there for me!

Ucapan Selamat Hari Ibu 20

Happy Mother's Day to you. I'm proud to call you my Mom.

Ucapan Selamat Hari Ibu 21

Happy Mother's Day Mom! I feel so blessed to have you as my mom. Thanks for always believing in me and doing so much for me. I love you!

Ucapan Selamat Hari Ibu 22

I like the way you smile, I adore the way you care, and I love your every single step as what you are! Happy Mother's Day!

Ucapan Pantun Selamat Hari Ibu 2023

Pantun Hari Ibu 1

Pergi menimba ilmu mencari kejayaan,
Mengharapkan sinar cahaya kebahagian,
Tanpamu ibu hidupku kesepian,
Selamat hari Ibu anakmu ucapkan.

Pantun Hari Ibu 2

Sungguh ayu sidara sunti,
Gadis Peringgit berkebaya nyonya,
Kasih ibu sukar diganti,
Duit ringgit bukan harganya.

Pantun Hari Ibu 3

Gadis cantik sang bunga desa,
Pergi merantau sampai Jakarta,
Kasih ibu sepanjang masa,
Tak terbalas emas atau permata.

Pantun Hari Ibu 4

Tinggi menjulang pohon kelapa,
Tumbuh di kebun berjumlah tiga,
Bakti kepada Ibu janganlah lupa,
Insya Allah terbalas syurga/

Pantun Hari Ibu 5

Tanam tebu juga betik,
Ditepi telaga dihujung taman,
Sayangilah ibu setiap detik,
Hargailah mereka sepanjang zaman.

Pantun Hari Ibu 6

Tolak basikal turun bukit,
Penatnya sungguh tidak terkata.
Mamaku tidak pernah sesekali mengungkit,
Sejarah lalu yg membawaku kedunia

Pantun Hari Ibu 7

Mudik ke hulu naik bas,
Mencari ketupat di hari raya,
Jasa ibu tidak terbalas,
Sehingga membentuk keluarga bahagia.

Pantun Hari Ibu 8

Bunga trompet berwarna biru,
Tumbuh subur berdekatan batu,
Hari ini adalah harimu,
Happy Mother's Day diucapkan untukmu.

Pantun Hari Ibu 9

Tanam keledek tumbuh melata,
Tumbuh subur di tepi telaga,
Kasihkan anak bersengkang mata,
Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Pantun Hari Ibu 10

Bunga mawar dihinggapi kupu-kupu,
Kerana mawar indah mempersona,
Syurgaku ada dibawah telapak kaki ibu,
Kerana ibu berhati mulia.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post