Cara Check-In Tiket Air Asia Secara Online Menggunakan Aplikasi 2024

Cara Check-In Air Asia Secara Online Menggunakan Aplikasi

Tiket Air Asia dah beli dan tak sabar untuk bercuti ke destinasi yang kita pilih. Tapi sebelum tu, anda kena buat satu perkara terlebih dahulu iaitu 'check-in' tiket anda. Jangan risau, anda boleh buat secara online sahaja dengan menggunakan aplikasi Air Asia Superapp.

Ketika anda beli tiket Air Asia, anda hanya terima 'Travel Itinerary' sahaja yang memaparkan waktu perjalanan berserta Booking No. dan bukannya Boarding Pass aka Tiket Kapal Terbang. Jadi nak dapatkannya, kena 'check-in' terlebih dahulu.

BACA : Cara Beli Tiket Air Asia Secara Online

Untuk pengetahuan, proses check-in ini hanya boleh dilakukan seminggu sebelum tarikh penerbangan anda. Kalau anda beli sebulan sebelum fly, kena tunggu seminggu sebelum tarikh tiba. Tapi kalau anda beli awal dan tak sampai seminggu, boleh la terus check-in selepas beli tiket tersebut.

Sebenarnya ada dua cara untuk anda check-in iaitu secara online dengan menggunakan Air Asia Superapps atau boleh check-in di kaunter ketika tiba di KLIA Terminal 2 (KLIA2).

Tetapi ada yang bagi tahu, kalau boleh check-in secara online, lebih baik berbuat demikian. Sebab jika anda check-in di kaunter kelak, anda perlu bayar sehingga RM40 untuk satu tiket. Lagi pun mudah je nak check-in online sekarang.

Jangan sama kan pula dengan luggage drop. Kalau dah check-in online, boleh je pergi kaunter dan letak luggage anda. Tapi tak melalui proses check-in, sebab ada dah buat secara online di rumah. Proses lebih cepat.

Cara Check-In Tiket Air Asia Menggunakan Aplikasi

Jika sebelum ini, beli tiket adalah lebih baik menggunakan laman web www.airasia.com. Tetapi kalau check-in, lebih mudah jika anda menggunakan aplikasi. Beberapa klik je dah setel dan boleh beli Boarding Pass.

1)  Sign-In Air Asia Superapp

Mula-mula sekali pastinya, anda perlu download aplikasi AirAsia Superapp di Play Store atau App Store dan kemudian sign-in menggunakan emal dan password yang sama seperti anda beli tiket flight sebelum ini.

2)  Pilih Penerbangan

Kemudian pilih pada tab 'Check-in'. Disini akan dipaparkan penerbangan anda yang belum check-in dengan paparan 'not checked-in'. Sekiranya status sudah tulis 'On time'. Maksudnya dah boleh check-in. Klik pada tiket tersebut > Check-in

Cara Check-In Air Asia Secara Online Menggunakan Aplikasi

3)  Pilih Penumpang Yang Terlibat

Akan dipaparkan nama guest iaitu anda dan keluarga atau rakan anda yang anda beli tiket sekali. Tick untuk semua nama tersebut dan klik 'Continue'. Kemudian anda diminta untuk masukkan nombor telefon, nombor Passport dan tarikh luput passport untuk butiran semua guest yang terlibat. Dah siap, klik 'Continue'

*Please jangan salah masukkan no. pasport. Pastikan sama seperti dalam pasport. Kalau tidak, banyak perkara anda kena betulkan. Leceh

Cara Check-In Air Asia Secara Online Menggunakan Aplikasi

4)  Tetapkan Bilangan Bag Yang Ingin Dibawa

Tetapkan berapa bag yang anda ingin letak nanti, sekiranya anda dah add-on luggage ketika beli tiket flight sebelum ini. Klik 'Yes, I agree' pada akhirnya.

Cara Check-In Air Asia Secara Online Menggunakan Aplikasi

5)  Add-On Jika Perlu

Bahagian add-ons, anda boleh semak sama ada, anda ada beli luggage ke sebelum ini, beli seat atau Santan Value Meal. Kalau tak beli seat, ianya akan diberi secara random. Dah ok semua, klik 'Continue to check in'

Cara Check-In Air Asia Secara Online Menggunakan Aplikasi

6)  Check-In Dan Dapatkan eBoarding Pass

Akhirnya proses check-in anda selesai dan berjaya. Anda akan diberikan e-Boarding Pass aka Tiket Kapal Terbang yang mana tertera info penting seperti

  • Flight no.
  • Boarding time
  • Gate
  • Zone
  • Seat

Cara Check-In Air Asia Secara Online Menggunakan Aplikasi

e-Boarding Pass ini pula anda kena print terlebih dahulu. Anda boleh print di rumah, atau print sahaja di kiosk yang disediakand di KLIA Terminal 2 (KLIA2) nanti. Yang penting bawa e-boarding pass tersebut atau bawa sahaja Booking No.

Cara Check-In Air Asia Secara Online Menggunakan Aplikasi

Dah dapat Boarding Pass, barulah boleh pergi ke gate yang telah ditetapkan seperti dalam skrin tv besar ditengah-tengah tu. Tengok gate mana yang telah ditetapkan dan itulah tempat tuju anda sehinggalah berjaya naik kapal terbang. Info lanjut, boleh baca FAQ disini.

Selesai...

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Check-In Tiket Air Asia Secara Online Menggunakan Aplikasi 2024"