Cara Daftar Akaun Dan Langgan Amazon Prime Video Di Aplikasi

Cara Daftar Akaun Dan Langgan Amazon Prime Video Di Aplikasi

Salah satu platform penstriman yang memasuki pasaran Malaysia secara rasmi adalah Amazon Prime Video. Ini bermakna, anda boleh langgan platform ini dengan menggunakan harga Ringgit Malaysia (RM) seperti yang telah ditetapkan.

Kandungan Amazon Prime Video lebih kepada daripada negara Hollywood, Tamil dan India. Tetapi masih juga ada kandungan dari Korea, Indonesia, Anime dan sekarang kandungan Malaysia juga dah start banyak disediakan

Paling best sekarang, Prime Video dah banyak masukkan kandungan filem-filem tempatan. Sekarang anda boleh tonton Abang Long Fadil 2, Coast Guard Malaysia, Juang, Remp-it 2, KL Gangster, Imaginur dan banyak lagi. Kartun Upin & Ipin pun ada.

Harga Langganan Prime Video

Nampaknya harga langganan yang ditawarkan oleh Prime Video ini sedikit berbeza dengan platform penstriman lain. Ini kerana harganya berbeza mengikut jenis peranti yang anda langgan. Harga seperti dibawah

  • Website (www.primevideo.com) - RM25.00 sebulan
  • Android (Google Play) - RM19.90 sebulan
  • iOS (iTunes Store) - RM24.90 sebulan

Tapi sebelum anda melanggan, anda akan diberikan 7-days free trial. Jadi sepanjang tempoh ini, anda tidak perlu bayar apa-apa lagi. Selepas 7 hari, jika berminat, boleh langgan secara bulanan. Jika tidak berminat, boleh cancel.

Cara Daftar Dan Langgan Prime Video

Jika dilihat daripada senarai harga yang ditawarkan, adalah lebih untung jika anda langgan Prime Video dengan menggunakan telefon Android iaitu menerusi Play Store dengan tawaran harga RM19.90 sahaja sebulan.

Jadi, langkah dibawah ini, akan ditunjukkan cara untuk langgan Prime Video dengan menggunakan aplikasi di telefon Android. Mudah, cepat dan jimat. Tetapi sebelum langgan, anda perlu daftar akaun Amazon dahulu.

Download aplikasi Amazon Prime Video di Play Store. Kalau guna iPhone, download di App Store.

i)  Cara Daftar Akaun Amazon

  1. Buka aplikasi dan klik Create a new Amazon account
  2. Kemudian masukkan nama, no. telefon atau emel serta password. Jika sudah, klik Continue
  3. Masukkan OTP yang dihantar di emel atau no. telefon dan klik Create you Amazon account
  4. Jika sudah, anda boleh Login semula seperti biasa menggunakan emel atau no. telefon yang telah didaftarkan tadi

Cara Daftar Akaun Dan Langgan Amazon Prime Video Di Aplikasi

ii)  Cara Langgan Prime Video

Jika anda sudah daftar akaun Amazon dan sudah Login, barulah anda boleh mula untuk langgan Prime Video yang mana harga ditetapkan mengikut peranti yang anda gunakan. Guna Android lebih murah. Jadi boleh follow seperti dibawah:

1)  Sign-in akaun Amazon Prime Video anda seperti biasa

2)  Kemudian klik sahaja mana-mana video sama ada filem atau siri. Sebagai contoh, saya klik pada Coast Guard Malaysia: Ops Helang. Disini akan dipaparkan 'Watch with Prime'. Klik pada butang tersebut.

*Sekiranya anda pengguna kali pertama, anda akan diberikan free trial selama 7 hari. Ikut sahaja langkah yang dipaparkan.

Cara Daftar Akaun Dan Langgan Amazon Prime Video Di Aplikasi

3) Akan dipaparkan segala butiran langganan anda seperti harga bulanan, emel yang digunakan serta cara pembayaran iaitu dengan menggunakan Google Play Billing. Klik sahaja pada Sign up and pay.

4)  Disini akan dipaparkan beberapa pilihan platform pembayaran. Anda boleh guna bil telefon, kad debit atau kredit, ShopeePay, Touch 'n Go eWallet, Boost App dan sebagainya. Guna ShopeePay lebih mudah. Klik padanya.

5)  Jika sudah pasti dengan harga langganan dan cara pembayaran, klik pada butang Subscribe.

Cara Daftar Akaun Dan Langgan Amazon Prime Video Di Aplikasi

Maka bermulalah tarikh langganan anda selama 30 hari. Anda kini boleh tonton semua kandungan dalam Amazon Video Prime tanpa apa-apa sekatan mahupun gangguan iklan.

Anda boleh buat sehingga 6 profile untuk satu akaun Amazon Prime Video. Tetapi hanya 3 peranti sahaja boleh strim dalah satu-satu masa. Erti kata lain, boleh la share dengan 3 orang sekali. Bayaran boleh bahagi tiga. Lebih murah kan.

Langganan ini merupakan auto-subsribe. Jadi sekiranya anda tidak berminat untuk langgan bagi bulan hadapan, anda boleh bila-bila cancel langganan. Walaupun dah cancel, tapi langganan masih berjalan sehingga tarikh akhir tiba. Jangan risau 

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Daftar Akaun Dan Langgan Amazon Prime Video Di Aplikasi"