Drama Perempuan Itu Di TV3 & Tonton

Drama Perempuan Itu Di TV3 & Tonton

Saksikan drama terbaru Perempuan Itu yang akan menemui penonton mulai 1 Jun 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Ahad secara eksklusif ditayangkan di web watch.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Drama ini pernah terpalit dengan kontroversi sebelum ini dan selepas disunting, ianya berjaya ditayangkan menerusi platform ini dimana anda boleh tonton dengan melanggan dengan harga serendah RM9.90 untuk sebulan.

Tonton Drama Perempuan Itu Online : Link 1 | Link 2

Naskah Eirma Fatima yang bakal bersiaran dengan 30 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Rumah Karya Citra Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nur Ain Sharif bersama Isma Yusoof dengan nukilan skrip daripada Eirma Fatima sendiri.

OST Drama

Tajuk Lagi : Perempuan
Penyanyi : Jacklyn Victor
Komposer : Johan John
Penulis Lirik : Khaleel

Sinopsis Drama Perempuan Itu

Drama Perempuan Itu menampilkan barisan pelakon seperti Mimi Lana, Zul Ariffin, Amar Asyraf, Siti Hariesa, Eman Manan, Azizah Mahzan, Norish Karman, Aleeza Kasim Eirma Fatima, Ismail Yaacob dan ramai lagi

  • Mimi Lana sebagai Khalis
  • Zul Ariffin sebagai Emir
  • Amar Asyraf sebagai Aryan
  • Siti Hariesa sebagai Seira
  • Eman Manan sebagai Ustaz Salahudin
  • Azizah Mahzan sebagai Saodah
  • Norish Karman sebagai Khalifa
  • Aleeza Kasim sebagai Farisha

Kisah bermula apabila Ibu bapa Khalish yang mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir. Walaupun pada mulanya Tengku Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.

Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira.

Emir melayani Seira sama seperti dia bersama dengan Khalish, penuh dengan kasih sayang. Khalish berasa sangat dikhianati, malah jatuh sakit akibat tekanan yang melampau dan kehilangan anaknya dalam keguguran.

Khalish kemudiannya menuntut cerai dengan bantuan Aryan, seorang Peguam Syariah yang juga rakan zaman kanak-kanaknya. Selepas bercerai, Khalish membina sebuah organisasi untuk memperjuangkan pemerkasaan wanita. Dia menjadi terkenal kerana sifat lantang mempertahankan hak wanita.

Drama Perempuan Itu Di Tonton

Drama Perempuan Itu Di Tonton

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Perempuan Itu Di TV3 & Tonton"