Filem Eraser - Sinopsi Dan Tayangan Di Prime Video Mulai 1 Jun Ini

Filem Eraser di Prime Video

Saksikan filem Eraser yang yang kini ditayangkan secara online menerusi platform penstriman Prime Video mulai 1 Jun 2023 (Khamis) sehingga seterusnya. Anda boleh langgan dengan harga RM25 untuk tempoh sebulan.

Filem Malaysia yang mengangkat tema perpaduan, ihsan, kasih sayang, setia, hormat dan harmoni ini merupakan karya terakhir daripada pelakon yang disegani, Allahyarham Adibah Noor yang telah pulang ke Rahmatullah pada Jun 2022 yang lalu.

Naskah ini yang diterbitkan oleh Fiery Films ini merupakan arahan Mark Lee See Teck dengan idea asal daripada tuan pengarah sendiri serta hasil nukilan skrip bersama daripada Tan Yen Yen, Mark Lee dan Siti Jasmina Ibrahim.

Barisan Pelakon

Filem Eraser menampilkan barisan pelakon seperti Allahyarham Adibah Noor, Namron, Dhiya Ariffin, Angela Chan, Dhiya Ariffin, Alyssa Lee, Danish Adam, Freedie Wong, Shan, Jonathan Tan, Fatin Ariana dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Namron sebagai Ahmad
  • Adibah Noor sebagai Khatijah
  • Dhiya Ariffin sebagai Azman
  • Alyssa Lee sebagai Xiao Li
  • Angela Chan sebagai Ah Yoke
  • Danish Adam sebagai Ari

Sinopsis Filem Eraser

Filem ERASER yang mengisahkan tentang Ahmad, anak kepada pembuat batu nisan, Azman mempunyai impian besar untuk memberi kesenangan kepada keluarga yang berdepan dengan cabaran apabila Xiao Li, gadis yang didera hadir bersama ibunya, Ah Yoke dalam hidup mereka.

Keluarga Ahmad menerima kedua beranak tersebut dengan tangan terbuka, menyediakan tempat berteduh, namun hidup tidak mudah bagi Xiao Li apabila dirinya dibuli di sekolah.

Namun kehidupan Xiao Li dan Ahmad berubah selepas mereka menyertai Pertandingan Seni Peringkat Kebangsaan yang mengusung tema Wawasan 2020.

Apakah kesudahan ERASER?

Filem Eraser di Prime Video

Filem Eraser di Prime Video

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post