Filem Pulang Kini Di Ditayangkan Di Astro First

Filem Pulang Kini Di Ditayangkan Di Astro First

Bagi yang terlepas atau tidak sempat untuk menonton di pawagam sebelum ini, ada berita baik untuk anda. Filem seram berjudul Pulau kini ditayangkan di pawagam rumah anda, Astro First bermula 1 Jun 2023.

Pada awalnya, filem ini dimainkan di pawagam yang ditayangkan seluruh Malaysia pada 9 Mac 2023 yang lalu. Selepas tamat tayangan, kini Pulau memasuki platform penstriman iaitu menerusi Astro Go.

Walaupun filem ini terpalit dengan kontroversi dengan tayangan beberapa babak yang keterlaluan sehingga banyak suntingan dibuat semula, tetapi ianya mampu mendapat kutipan yang memberangsangkan sehingga RM2 juta dalam tempoh dua minggu tayangan.

Adakah dengan kembali tayangan ke platform Astro pula ini mampu untuk mendapatkan lebih banyak kutipan nanti?

Filem arahan Euho ini mengisahkan tentang percutian sekumpulan anak muda yang bertukar menjadi sesuatu yang tidak berkesudahan selepas mereka kalah pertaruhan di sebuah pulau terpencil.

Secara tidak sengaja, mereka terjumpa sebuah kampung terbiar yang misteri di sana dan memecahkan dindingan mantera lama yang memerangkap suatu 'makhluk' di pulau itu sekian lamanya.

Disebabkan itu, seorang demi seorang menjadi mangsa yang menderita akibat kesilapan mereka yang menimbulkan kemarahan makhluk jahat di pulau itu. Apakah pengakhirannya?

Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong, Sanjna Suri, Evie Feroza, Jazmy Juma, Namron, Siew Pui Yi, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Filem Pulang Kini Di Ditayangkan Di Astro First

Untuk ketahui apakah yang terjadi seterusnya, jangan lupa untuk saksikan filem Pulau di Astro First dan langgan serta sewa dengan harga RM15.00 untuk tempoh 48 jam tayangan secara berulang-ulang.

Anda boleh sewa menerusi saluran 480 dengan tontonan secara On Demand atau menerusi Astro Go pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post