Jadual Siaran Langsung Asian Cup AFC U17 Tahun 2023 Thailand

Jadual Siaran Langsung Asian Cup AFC U17 Tahun 2023 Thailand

Sebelum abang senior beraksi di Qatar awal tahun hadapan, skuad kebangsaan bola sepak bawah-17 pasukan Malaysia juga akan menghadapi Piala Asia iaitu AFC U-17 Asian Cup 2023 iaitu bermula dari 15 Jun hingga 2 Julai dan Thailand dipilih sebagai tuan rumah untuk tahun ini.

Edisi ke-19 ini bakal mempertemukan 16 pasukan kesemunya yang layak dan akan bersaing sepanjang tempoh ini. Empat pasukan yang berjaya ke pusingan separuh akhir, secara automatik akan layak ke Piala Dunia FIFA U-17 2023 mewakili benua Asia.

Untuk rekod, Jepun merupakan penyandang juara untuk edisi sebelum ini iaitu pada tahun 2018. Tahun ini Malaysia juga berjaya melayakkan diri apabila menjadi juara kumpulan B dalam pusingan kelayakan yang berlangsung sebelum ini.

Format pertandingan adalah bermula daripada peringkat kumpulan. Ianya dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 4 pasukan setiap daripadanya. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Thailand, Yemen dan Laos.

  • Kumpulan A - Thailand, Yaman, Malaysia, Laos
  • Kumpulan B - Korea Selatan, Iran, Afghanistan, Qatar
  • Kumpulan C - Tajikistan, Australia, Arab Saudi, China
  • Kumpulan D - Jepun, India, Vietnam, Uzbekistan

Juara dan naib juara bagi setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati bermula pada pusingan Suku Akhir. Kemudian ke Separuh Akhir dan sehinggalah ke Final.

Senarai Pemain Malaysia Di Piala Asia AFC U-17 2023

Berikut merupakan senarai 22 pemain Malaysia bawah-17 yang akan beraksi dalam saingan Piala Asia AFC U-17 untuk tahun 2023.

Senarai Pemain Malaysia di Piala Asia AFC U-17 2023 Thailand

Siaran Langsung Perlawanan AFC U17 Asian Cup 2023 Thailand

Berita baik untuk semua peminat bola sepak terutamanya di Malaysia, apabila Astro mengumumkan mereka akan bawakan secara langsung bagi kejohanan Piala Asia AFC B-17 tahun 2023 untuk kali ini.

Jadi perlawanan ini akan disiarkan menreusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Arena 802. Selain itu, boleh juga live streaming menerusi Astro Go atau menerusi platform web dan aplikasi Sooka.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Piala Asia AFC B-17 2023 Thailand

Kesemua perlawanan akan berlangsung di Thailand dengan 4 venue yang telah ditetapkan iaitu di Stadium Rajamangala, Bangkok, Stadium Pathum Thani dan Stadium Thammasat di Pathum Thani, serta Stadium Chonburi.

Aksi peringkat kumpulan akan bermula daripada 15 hingga 23 Jun 2023. Manakala untuk peringkat kalah mati bermula dari pusingan suku akhir iaitu pada 25 dan 26 Jun 2023. Separuh Akhir bakal berlangsung pada 29 Jun dan final dijadualkan pada 2 Julai 2023.

Malaysia akan bermain pada 15 Jun bertemu Yemen. Kemudian pada 18 Jun berdepan dengan tuan rumah, Thailand dan akhirnya menentang Laos pada 21 Jun 2023.

Berikut merupakan jadual penuh mengikut waktu Malaysia bagi setiap perlawanan bermula daripada peringkat kumpulan hingga final dan setiap keputusan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

[PERINGKAT KUMPULAN]

15 Jun 2023 (Selasa)

  • Yemen (4) - (0) Malaysia - 6.00 pm | Stadium Thammasat | Astro Arena 801
  • Thailand (2) - (1) Laos - 8.00 pm | Stadium Pathum Thani

16 Jun 2023 (Rabu)

  • Australia (0) - (2) Saudi Arabia - 6.00 pm | Stadium Chonburi
  • Korea Selatan (6) - (1) Qatar - 8.00 pm | Stadium Pathum Thani
  • Iran (6) - (1) Afghanistan - 10.00 pm | Stadium Rajamangala
  • Tajikistan (1) - (1) China - 10.00 pm | Stadium Chonburi

17 Jun 2023 (Khamis)

  • Jepun (1) - (1) Uzbekistan - 6.00 pm | Stadium Rajamangala
  • India (1) - (1) Vietnam - 8.00 pm | Stadium Thammasat

18 Jun 2023 (Jumaat)

  • Laos (1) - (2) Yemen - 6.00 pm | Stadium Thammasat
  • Malaysia (0 - (3) Thailand - 8.00 pm | Stadium Pathum Thani | Astro Arena 2 802

19 Jun 2023 (Sabtu)

  • China (3) - (5) Australia - 6.00 pm | Stadium Chonburi | Astro Arena 801
  • Afghanistan (0) - (4) Korea Selatan - 8.00 pm | Stadium Pathum Thani
  • Qatar (0) - (0) Iran - 10.00 pm | Stadium Rajamangala | Astro Arena 2 802
  • Saudi Arabi (2) - (0) Tajikistan - 10.00 pm | Stadium Chonburi

20 Jun 2023 (Ahad)

  • Vietnam (0) - (4) Jepun - 6.00 pm | Stadium Rajamangala | Astro Arena 2 802
  • Uzbekistan (1) - (0) India - 8.00 pm | Stadium Thammasat

21 Jun 2023 (Isnin)

  • Malaysia (2) - (1) Laos - 8.00 pm | Stadium Thammasat | Astro Arena 801
  • Thailand (1) - (0) Yemen - 8.00 pm | Stadium Thammasat | Astro Arena 2 802

*Malaysia gagal ke Suku Akhir apabila tewas 2 kali dan menang sekali. Berada di tangga ketiga dalam kumpulan A dengan 3 mata sahaja

22 Jun 2023 (Selasa)

  • Tajikistan (0) - (2) Australia - 6.00 pm | Stadium Rajamangala
  • Saudi Arabia (3) - (0) China - 6.00 pm | Stadium Chonburi
  • Korea Selatan (0) - (2) Iran - 10.00 pm | Stadium Pathum Thani | Astro Arena 2 802
  • Afghanistan (2) - (1) Qatar - 10.00 pm | Stadium Rajamangala

23 Jun 2023 (Rabu)

  • Jepun (8) - (4) India - 8.00 pm | Stadium Rajamangala
  • Vietnam (0) - (1) Uzbekistan - 8.00 pm | Stadium Thammasat | Astro Arena 2 802

[PERINGKAT KALAH MATI]

Pusingan Suku Akhir

25 Jun 2023 (Jumaat)

  • Iran (0) - (0) Yemen (Pen: 4-2) - 6.00 pm | Stadium Thammasat | Astro Arena 2 802
  • Thailand (1) - (4) Korea Selatan - 10.00 pm | Stadium Pathum Thani | Astro Arena 2 802

26 Jun 2023 (Sabtu)

  • Jepun (3) - (1) Australia - 6.00 pm | Stadium Pathum Thani | Astro Arena 2 802
  • Saudi Arabia (0) - (2) Uzbekistan - 10.00 pm | Stadium Thammasat | Astro Arena 802

Pusingan Separuh Akhir

29 Jun 2023 (Khamis)

  • Iran (0) - (3) Jepun - 6.00 pm | Stadium Thammasat | Astro Arena 2 802
  • Korea Selatan (1) - (0) Uzbekistan - 10.00 pm | Stadium Pathum Thani | Astro Arena 2 802

Final

2 Julai 2023 (Ahad)

  • Korea Selatan (0) - (3) Jepun - 8.00 pm | Stadium Pathum Thani | Astro Arena 2 802

JEPUN JUARA ASIAN CUP AFC U17 TAHUN 2023 THAILAND

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Siaran Langsung Asian Cup AFC U17 Tahun 2023 Thailand"