Telefilem Arafah Di TV3

Telefilem Arafah di TV3

Saksikan telefilem Arafah yang akan menemui penonton semula pada 30 Jun 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Saksikan Telefilem Arafah Secara Online (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan syarikat produksi Country Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Raja Mukhriz dengan nukilan skrip bersama Janjira, Chinta Madessha dan PGR Team.

Sinopsis Telefilem Arafah

Telefilem Arafah menampilkan barisan pelakon seperti Nabila Huda, Keisha Laila, Luqman Hafidz, Ucop, Ku Faridah, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof, Anne Abdullah, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

  • Nabila Huda sebagai Arafah
  • Eizlan Yusof sebagai Omar
  • Ku Faridah sebagai Nenek Zah
  • Jasmin Hamid sebagai Kamariah

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Arafah pada awalnya dibesarkan oleh Nenek Zah sewaktu berusia setahun hingga 13 tahun selepas ibu dan bapanya berpisah. Ketika di bawah jagaan neneknya, hidup Arafah sangat berdikari dan akhlaknya masih terkawal.

Disebabkan neneknya yang terlalu mengawal kehidupan remajanya, Arafah mula tertarik untuk menerima pelawaan ibunya yang menetap di Kuala Lumpur dengan kehidupan lebih 'urban'.

Nenek Zah kecil hati kerana selepas bersusah payah menjaga Arafah, begitu mudah dia memilih untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya, Kamariah di Kuala Lumpur.

Telefilem Arafah di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Arafah Di TV3"