Telefilem Ayahku Adiwira Di TV2

Telefilem Ayahku Adiwira Di TV2

Sempena Hari Bapa, saksikan telefilem Ayahku Adiwira yang akan menemui penonton pada 17 Jun 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.30 malam menerusi saluran TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang mengisahkan tentang kecekalan ayah membesarkan anak ini merupakan terbitan syarikat produksi Wandet Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ruslan Ahmad dengan nukilan skrip daripada Mazelan Manan.

Sinopsis Telefilem Ayahku Adiwira

Telefilem Ayahku Adiwira menampilkan barisan pelakon seperti Ucop Cecupak, Hamidah Wahab, Wan Nor Azlin, Sulaiman Yasin (Mat Over), Adam Shahz, Boby Kiran, Wawa Amdia dan ramai lagi.

  • Ucop Cecupak seabgai Mustaffa
  • Wan Nor Azlin sebagai Mastura
  • Hamidah Wahab sebagai Zaiton
  • Adam Shahz sebagai Hamzah
  • Mat Over sebagai sebagai Hisyam
  • Bobby Kiran sebagai Suhana

Ianya mengisahkan tentang Mustaffa yang menghidap Asperger Syndrome, membesarkan anaknya Aisyah. Zaiton, ibu Mustaffa bimbang kerana dirinya yang sakit sering keluar masuk wad dan tidak dapat membantu Mustaffa untuk menjaga cucunya itu.

Zaiton dicadangkan mencari keluarga angkat buat cucunya. Ramai yang berminat termasuklah Mastura. Bagi mencapai hasratnya, Mastura cuba mempengaruhi Zaiton agar mengadu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan keadaan anaknya, Mustaffa.

Perkara tersebut telah mendinginkan hubungan mereka anak beranak. Berjayakah usaha Mastura untuk mendapatkan hak penjagaan Aisyah?

Telefilem Ayahku Adiwira Di TV2

Telefilem Ayahku Adiwira Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Ayahku Adiwira Di TV2"