Telefilem Mingki Di TV3

Telefilem Mingki Di TV3

Saksikan telefilem Mingki yang akan menemui penonton semula pada 16 Jun 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem awalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Skyline Pictures, diarahkan oleh Fairoz Loy dengan nukilan skrip daripada Jamal Yunus.

Sinopsis Telefilem Mingki

Telefilem Mingki menampilkan barisan pelakon seperti Fauziah Nawi, Zamarul Hisham, Farahdhiya, Fahrin Ahmad, Norlia Ghani, Suraya Ghani, Ameerul Aysraf, Ali Fardeen, Haziq Rasidin dan ramai lagi.

  • Fauziah Nawi sebagai Nek Mah
  • Zamarul Hisham sebagai Rahman
  • Farahdhiya sebagai Maznah
  • Fahrin Ahmad sebagai Suib
  • Norlia Ghani sebagai Mak Teh
  • Suraya Ghani sebagai Sue
  • Ameerul Asyraf sebagai Salleh

Ianya mengisahkan tentang Nek Mah yang tinggal sendirian di kampung bertemankan kucing kesayangannya Mingki selepas anaknya, Maznah berkahwin dengan Rahman. Sikap Maznah semakin berubah sejak berkahwin.

Jirannya, Mak Teh sering menjenguk dan bertanya khabar Nek Mah. Segala masalah Nek Mah akan ceritakan kepada Mingki dan Mak Teh. Suatu hari Nek sedih apabila Mingki mati selepas dia selesai solat subuh. Sejak itu Nek Mah murung seperti dia kehilangan anaknya dulu.

Rahman rasa kasihan melihat keadaan ibu mertuanya yang tidak ceria seperti dahulu. Disebabkan itu, dia menghadiahkan seekor kucing baharu kepada Nek Mah dan Nek Mah memberikan nama Mingki juga kepada kucing baharunya.

Namun anaknya, Maznah kurang senang dengan apa yang Rahman lakukan kerana duit pampasan Rahman tidak begitu banyak dan padanya tidak perlu untuk membeli benda yang tidak berfaedah.

Telefilem Mingki Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Mingki Di TV3"