Telefilem Panggilan Haji Di TV2

Telefilem Panggilan Haji Di TV2

Saksikan telefilem Panggilan Haji yang akan menemui penonton semula pada 28 Jun 2023, bersiaran pada hari Rabu, jam 9.30 malam menerusi slot Tele Khas di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem khas yang pernah ditayangkan sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Primeworks Studios, diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dengan nukilan skrip daripada Noor Fadzil Hamdan.

Sinopsis Telefilem Panggilan Haji

Telefilem Panggilan Haji menampilkan barisan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Aishah Atan, Puteri Sarah Liyana, Anne Abdullah, Dynas Mokhtar, Azhar Amir, Izzue Islam, Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah, PU Riz, Emelie Hanif dan ramai lagi.

  • Saharul Ridzwan sebagai Hussein
  • Aishah Atan sebagai Makcik Kalsom
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Amira
  • Anne Abdullah sebagai Datin Rita
  • Azhar Amir sebagai Datuk Zainuddin
  • Dynas Mokhtar sebagai Puan Julia
  • Izzue Islam sebagai Helmi
  • Emelie Hanif sebagai Nalisa
  • Azwan Kombos sebagai Doktor Khairul
  • Ezzaty Abdullah sebagai Doktor Sofea

Ianya mengisahkan tentang ragam empat keluarga dalam persiapan mereka untuk menunaikan Haji. Cerita ini bermula dengan Hussin, seorang posmen yang menghantar surat panggilan haji kepada empat keluarga tanpa menyedari yang surat itu bakal mengubah kehidupan mereka semua.

Telefilem Panggilan Haji Di TV2

Telefilem Panggilan Haji Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Panggilan Haji Di TV2"