Telefilem Pertama Dan Terakhir Di TV2

Telefilem Pertama Dan Terakhir Di TV2

Saksikan telefilem Pertama Dan Terakhir yang akan menemui penonton semula pada 6 Jun 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan terbitan syarikat produksi Nafalia Corporation Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rahila Ali dengan nukilan skrip daripada Rudy Imran.

Sinopsis Telefilem Pertama Dan Terakhir

Telefilem Pertama Dan Terakhir menampilkan barisan pelakon seperti Amar Baharin, Izreen Azminda, Amyra Rosli, Aznah Hamid, Kuna, Natashah Ismail, Didi, Riza Azuan dan ramai lagi.

  • Amar Baharin sebagai Murshid
  • Izreen Azminda sebagai Anissa
  • Amyra Rosli sebagai Erina
  • Aznah Hamid sebagai Datin Rania
  • Kuna sebagai Saodah
  • Natashah Ismail sebagai Amran

Ianya mengisahkan tentang Murshid yang diminta oleh ibunya, Datin Rania untuk memenuhi wasiat arwah bapanya dengan mengahwini Annisa.

Murshid menolak permintaan tersebut kerana dia sudah pun mempunyai teman wanita yang dicintainya sejak 10 tahun iaitu Erina. Atas permintaan ibunya, dia meneruskan untuk berkahwin dengan Annisa tanpa pengetahuan Erina demi memenuhi wasiat arwah bapanya.

Namun setelah berkahwin, Annisa diabaikan dan lebih malang lagi Murshid telah berjanji kepada Erina yang dia akan menceraikan Annisa setelah Annisa bersalin untuk berkahwin dengan Erina.

Telefilem Pertama Dan Terakhir Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post