Telefilem Terima Kasih Ibu Di TV9

Telefilem Terima Kasih Ibu Di TV9

Saksikan telefilem Terima Kasih Ibu yang akan menemui penonton semula pada 5 Jun 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem awalnya ditayangkan pada tahun 2019 di tv3 ini merupakan terbitan syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Fairuz Loy dengan nukilan skrip daripada Shah Rizal Mashur.

Sinopsis Telefilem Terima Kasih Ibu

Telefilem Terima Kasih Ibu menampilkan barisan pelakon seperti Nafiz Muaz, Sherie Merlis, Nad Zainal, Azhan Rani, Firdaus Ghufran, Idham Maulana, Adam Corrie dan ramai lagi.

  • Nafiz Muaz sebagai Nil Jibril Mikail
  • Sherie Merlis sebagai Puan Zaitun
  • Nad Zainal sebagai Tatie
  • Azhan Rani sebagai Cikgu Malik
  • Firdaus Ghufran sebagai Kimi
  • Idham Maulana sebagai Khai
  • Adam Corrie sebagai Brahim

Ianya mengisahkan tentang seorang remaja bernama Nil Jibril yang mana dia merupakan seorang pelajar bermasalah. Lebih teruk lagi, ibunya Zaitun pula amat membantah perbuatan  guru yang menghukum kesalahan anaknya itu. 

Situasi bertambah buruk apabila Nil Jibril telah memukuI rakan sekolahnya dengan teruk sekaligus mengakibatkan dia dimasukkan ke sekolah juvana. Setelah keluar dari sekolah juvana, Nil Jibril terjebak pula dengan jenayah baru sehingga dimasukkan ke penjara. 

Ketika ini, Nil mula menyesali segala perbuatan buruknya. Namun semuanya sudah terlambat apabila Nil dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Zaitun juga terpaksa menerima hakikat bahawa semua masalah ini berpunca dari sikapnya yang suka menyebelahi Nil apabila remaja itu melakukan masalah.

Telefilem Terima Kasih Ibu Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post