Drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu Di Tonton

Drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu Di Tonton

Saksikan drama original terbaru Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu yang akan menemui penonton mulai 6 Julai 2023, dimana akan disiarkan 2 episod setiap minggu secara eksklusif di platform penstriman online www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Drama siri 10 episod yan membawa jalan cerita yang diinspirasikan dari kes jenayah berprofil tinggi di Malaysia ini merupakan terbitan Razors Edge Pictures, diarahkan oleh Megat Sharizal dan Faizrul A Rashid dengan nukilan skrip bersama Hadi M. Nor, Haris M. Nor dan Lepat Hafiz.

Sinopsis Drama Metro Crime Series

Drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu menampilkan barisan pelakon seperti Zahirah Macwilson, Aloy Paradoks, Mustaqim Bahadon, Chew Kin Wah, Nia Atasha, Aqilah Abas, Wan Raja, Eamie Elyna, Amanda Tan, Chai Zi, Zarynn Min dan ramai lagi.

  • Zahirah Macwilson sebagai Fatema Umar
  • Aloy Paradoks sebagai Rozimi Razak
  • Mustaqim Bahadon sebagai DSP Marzuki
  • Chew Kin Wah sebagai Teon Chai
  • Nia Atasha sebagai Hazi
  • Aqilah Abas sebagai Yasmin
  • Wan Raja sebagai Zabidi
  • Eamie Elyana sebagai Syerinie
  • Amanda Tan sebagai Liza
  • Chai Zi sebagai Eric
  • Zarynn Min sebagai Saleha

Ianya berkisarkan tentang kematian Syerinie yang telah dibunuh dengan kejam. Fatema, seorang wartawan Harian Mentro, berhasrat untuk membuat liputan bagi kes yang menggegarkan negara ini.

Namun, permintaanya tidak diluluskan oleh editornya. Sebaliknya, liputan ini ditugaskan kepada rakan sejawatnya, Rozimi.

Fatema sememangnya seorang yang panas baran. Maka tidak hairanlah yang dia telah membuat keputusan untuk melanggar arahan dan bekerjasama dengan Rozimi.

Temu bual bersama saksi kejadian telah membawa kepada penemuan butiran yang telah dikaburkan oleh pihak polis. Menurut saksik, dia ada terlihat seorang lelaki yang mungkin adalah pembunuh Syerinie.

Hanya Fatema dan Rozimi yang melaporkan tentang kelibat lelaki misteri ini. Perkara ini memberi kelebihan kepada Harian Metro.

Pada keesokan harinya, suspek utama telah ditahan. Namun, jejaka tersebut bukanlah lelaki yang dilihat oleh saksi kejadian. Maka, soalan yang perlu diselesaikan dalam siri terbaru ini adalah: 'Siapa Lelaki Itu?'

Drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu Di Tonton

Drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu Di Tonton

Drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu Di Tonton

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu Di Tonton"