Drama Obsesi Dia Di TV3

Drama Obsesi Dia Di TV3

Saksikan drama terbaru Obsesi Dia yang akan menemui penonton mulai 5 Julai 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Drama siri 15 episod yang diadaptasi daripada novel 'The Witness' karya Suhailah Selamat ini merupakan terbitan syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eoon Shuhaini dengan nukilan skrip bersama daripada Rozie Rashid dan PGRs Team.

OST Drama

Lagu Tema : Di Hujung Mimpi
Artis : Black Hanifah
Komposer : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K
Lirik : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K

Sinopsis Drama Obsesi Dia

Drama Obsesi Dia menampilkan barisan pelakon seperti Sophia AlBarakbah, Zahiril Adzim, Zaki Azeman, Ashraf Muslim, Fify Azmi, Jay Iswazir, Faha Azhar, Alif Hadi, Natasya Mahyan, Kak Girl dan ramai lagi.

  • Sophia AlBarakbah sebagai Aafiyah/Aaliyah
  • Zaki Azeman sebagai Zacky
  • Zahiril Adzim sebagai Rafeeq Mikhail
  • Ashraf Muslim sebagai Rizq
  • Fify Azmi sebagai Adelia Sofei
  • Jay Iswazir sebagai Doktor Zahin
  • Alif Hadi sebagai Rafeed Adam

bermula dengan tragedi pembunuhan yang kejam dan ianya disaksikan oleh Affiyah ketika menyambut ulang tahun ke-18. Takut menjadi mangsa seterusnya, Affiyah yang diugut oleh pembunuh berjaket hud telah berjanji untuk merahsiakan peristiwa tersebut daripada orang lain.

Affiyah yang ketakutan telah didesak oleh ibunya untuk menceritakan tentang peristiwa yang disaksikannya. Akhirnya, Affiyah menceritakan tentang peristiwa tersebut dan ibunya bertekad untuk membuat laporan polis.

Hal ini sampai ke pengetahuan pembunuh berjaket hud itu dan telah menaikkan api kemarahannya dan bertindak untuk membunuh ibu Affiyah.

Sejak itu, Affiyah takut orang sekelilingnya dibunuh dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan segala rahsia pembunuh berjaket hud itu.

Namun, rahsia mula terbongkar satu persatu oleh orang sekeliling Affiyah yang mahu mencari kebenaran di sebalik misteri pembunuhan bersiri itu.

Adakah pembunuhan bersiri ini bakal berterusan? Berjayakah pembunuh berjaket hud itu ditumpaskan?

Drama Obsesi Dia Di TV3

Drama Obsesi Dia Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Obsesi Dia Di TV3"