Filem Merewang Keluarga Pak Awang Di Astro First

Filem Merewang Keluarga Pak Awang Di Astro First

Saksikan filem Merewang Keluarga Pak Awang yang akan menemui penonton mulai pada 15 Julai 2023, Sabtu yang akan ditayangkan di pawagam rumah anda di Astro First 480 dan Astro Go. Anda boleh tonton filem ini selama 48 jam secara berulang-ulang dengan kadar sewa RM15.00.

Filem komedi yang mengangkat tradisi merewang dengan aktiviti bergotong-royong di kampung ini merupakan terbitan syarikat produksi Astro Shaw dan Infinitus Gold, diarahkan oleh Adlin Aman Ramli dengan nukilan skrip dan idea asal masing-masing daripada Amin Shakib dan Syahrul Imran Shariffuddin.

Sinopsis Filem Merewang Keluarga Pak Awang

Filem Merewang Keluarga Pak Awang menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Sabri Yunus, Adriana Adnan, Fabian Loo, Watie Sadali, Emelda Rosmila, Emma Sofea, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

  • Zizan Razak sebagai Dol
  • Sabri Yunus sebagai Pak Awang
  • Adriana Adnan sebegai Usu
  • Watie Sadali sebagai Angah
  • Emelda Rosmila sebagai Along

Ianya mengisahkan tentang pesara tentera yang berpangkat komander iaitu Pak Awang yang ingin mengadakan majlis perkahwinan untuk anak perempuan bongsunya secara bersar-besaran.

Dol iaitu seorang jejaka di kampung mereka cuba untuk menggagalkan perkahwinan tersebut dan telah melancarkan pelbagai helah yang menjadikan situasi majlis perkahwinan tersebut menjadi hura-hara.

Adakah majlis perkahwinan tersebut akhirnya berjaya diadakan? Apakah juga yang terjadi sepanjang aktiviti merewang tersebut?

Filem Merewang Keluarga Pak Awang Di Astro First

Filem Merewang Keluarga Pak Awang Di Astro First

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Merewang Keluarga Pak Awang Di Astro First"