Filem Sue-On - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 6 Julai 2023

Filem Sue-On di pawagam mulai 6 Julai 2023

Saksikan filem Sue-On yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Julai 2023 (Khamis) sehingga seterusnya. Jangan terlepas untuk menjadi antara penonton terawal menyaksikannnya.

Filem seram komedi yang memaparkan kisah hantu Korea ini merupakan terbitan syarikat produksi Rumah Produksi Merah dan diarahkan oleh Razif Ajiboy Rashid. Ianya merupakan filem pertama terbitan Dato' Awie.

Barisan Pelakon

Filem Sue-On meampilkan barisan pelakon seperti Dato' Awie, Reen Rahim, Ropie, Shawani, Alif Rafiq, Shaifullah, Azlee Senario, Nazia Mutafar, Joey Daud, Achey, Kamarul Yusoff, Amu Nur Tinie dan ramai lagi. Juga terdapat penampilan khas daripada Erra Fazira dan kumpulan Wings.

Watak Lakonan

  • Dato' Awie sebagai Mat Dosa
  • Reen Rahim sebagai Sue-On
  • Ropie sebagai Missnin
  • Shawani sebagai Wanu
  • Alif Rafiq sebagai Alip
  • Azlee Senario sebagai YB Li
  • Nazia Mustafar sebagai Cik Yah
  • Joey Daud sebagai Mat Motor
  • Achey sebagai Pocong
  • Amy Nur Tinie sebagai Pontiana

Sinopsis Filem Sue-On

Filem Sue-On mengisahkan tentang seekor hantu Korea bernama Sue-On yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen.

Pada satu malam nasib Sue-On tidak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin tv, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, mematikan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya.

Sue-On berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan pulang ke tempat asalnya dengan mencari sesiapa sahaja yang sedang menonton filem Sue-On. Nak dijadikan cerita, ketika Sue-On sedang mencuri masuk ke dalam satu rumah, kewujudan Sue-On telah disedari oleh sepasang suami isteri yang pada ketika itu sedang menonton filem Hantu Kampung Sebelah.

Oleh kerana takut diapa-apakan, Sue-On mengambil keputusan untuk melompat masuk kedalam skrin tv itu. Pasangan suami isteri itu terus memadamkan tv mereka. Kini Sue-On terperangkap di Kampung Sebelah.

Filem Sue-On di pawagam mulai 6 Julai 2023

Filem Sue-On di pawagam mulai 6 Julai 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Sue-On - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 6 Julai 2023"