Jadual Siaran Langsung Pre Season Manchester United 2023

Jadual Siaran Langsung Pre Season Manchester United 2023

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba dimana pasukan terhebat di dunia, Manchester United akan memulakan aksi pre-season mereka menerusi perlawanan persahabatan iaitu bermula dari 12 Julai hingga 6 Ogos 2023 termasuklah US Tour.

Dalam tempoh tersebut, sebanyak 8 perlawanan yang akan ditempuhi oleh skuad kendalian Eric Tan Hang antara pertemuan antara Leeds United, Lyon, Arsenal, Real Madrid, Dortmund, Athletic Club dan banyak lagi.

Pastinya ramai teruju terutamanya peminat pasukan The Red Devils bagi menyaksikan pemain-pemain kembali beraksi di atas padang. Ditambah pula dengan barisan pemain baru yang dibawa masuk ke pasukan ini terutamanya Mason Mount. (Setakat ni tu je la player baru yang ada)

Kali terakhir, kita semua menyaksikan aksi kelab Manchester United adalah dalam saingan FA Cup pada Jun yang lalu. Kita tidak bernasib baik apabila tewas kepada jiran tentangga, Manchester City dengan jaringan 2-1 sekali gus terlepas trofi tersebut kepada pasukan lawan.

Itu semua kisah pada musim 2022/2023. Kini fokus untuk musim terbaru 2023/2024. Dengan itu, pemain-pemain perlu bersedia daripada segala aspek untuk meraih kemenangan dan kejuaraan. Perlawanan pra-musim ini adalah salah satu persediaan yang terbaik.

Disini, ETH boleh bereksperimen pelbagai strategi mengikut pemain yang ada. Selain daripada pemain utama juga, pemain-pemain akademi terpilih juga turut akan serta siri jelajah pre-season Manchester United kali ini. Jadi pool pemain lebih besar dan ramai yang boleh digunakan.

Pasti ramai yang tidak sabar-sabar nak tengok, apakah pendekatan terbaru yang dibawa oleh Eric Tan Hang bagi membina sebuah pasukan yang lebih kuat pada musim baru nanti ketika menggunakan Rashford, Bruno Fernandes, Casemiro, Gernacho, Sancho dan ramai lagi.

Barisan Pemain Yang Terlibat Dalam Pre Season Manchester United 2023

Berikut merupakan antara pemain Manchester United yang akan terlibat dalam perlawanan pertama di Oslo, Norway yang merupakan perlawanan pembukaan untuk pre-season kali ini.

Penjaga Gol : Tom Heaton, Nathan Bishop, Matej Kovar.

Pertahanan : Alvaro Fernandez, Rhys Bennett, Will Fish, Marc Jurado, Lisandro Martinez, Raphael Varane, Aaron Wan-Bissaka, Brandon Williams.

Tengah : Toby Collyer, Fred, Dan Gore, Hannibal, Isak Hansen-Aaroen, Kobbie Mainoo, Mason Mount, Maxi Oyedele, Charlie Savage.

Penyerang : Amad, Noam Emeran, Omari Forson, Joe Hugill, Jadon Sancho, Shola Shoretire.

Jadual Dan Siaran Langsung Pre Season Manchester United 2023

Jadi jangan terlepas untuk saksikan siaran langsung untuk 8 perlawanan sepanjang aksi pre season Manchester United 2023 iaitu bermula dari 12 Julai hingga 6 Ogos ini di beberapa buah negara yang terlibat.

Walaubagaimanapun khusus untuk pengguna di Malaysia, tiada siaran lansung yang akan ditayangkan sama ada menerusi Astro atau mana-mana saluran tv. Tetapi anda boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming di www.manutd.com/mutv atau menggunakan aplikasi MUTV.

Jadi untuk menonton, anda perlu terlebih dahulu daftar dan kemudian boleh saksikan perlawanan yang bersiaran secara langsung. Disediakan di telefon pintar, laptop dan android tv. Selain itu, banyak link live streaming juga anda boleh saksikan nanti.

Berikut merupakan jadual penuh bagi setiap perlawanan yang berlangsung dengan mengikut waktu Malaysia (MYT). Keputusan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis atau tampat perlawanan 90 minit.

12 Julai 2023 (Rabu)

FT : Manchester United (2) - (0) Leeds United

  • Emeran 67'
  • Hugill 80'

Masa : 11.00 Malam
Tempat : Ullevaal Stadion, Oslo Norway
Live Streaming : Link 1 | Link 2

19 Julai 2023 (Rabu)

FT : Manchester United (1) - (0) Lyon

  • Van De Beek 49'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : BT Murrayfield, Edinburg
Live Streaming : Link 1 | Link 2

23 Julai 2023 (Ahad)

FT : Manchester United (2) - (0) Arsenal [Penalti : 5-3]

  • Bruno Fernandes 30'
  • Jadon Sancho 37'

Masa : 5.00 Pagi
Tempat : MetLife Stadium, New York
Live Streaming : MUTV

26 Julai 2023 (Rabu)

FT : Manchester United (1) - (3) Wrexham AFC

  • Lee 29'
  • Hayden 36'
  • Jurado 45+6'
  • Dalby 69'

Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Snapdragon Stadium, San Diego
Live Streaming : MUTV

27 Julai 2023 (Khamis)

FT : Manchester United (0) - (2) Real Madrid

  • Bellingham 6'
  • Joselu 89'

Masa : 8.30 Pagi
Tempat : NRG Stadium, Houston
Tayangan : Astro Supersport 812
Live Streaming : MUTV

31 Julai 2023 (Isnin)

FT : Manchester United (2) - (3) Dortmund

  • Dalot 24'
  • Malen 43', 44'
  • Antony 52'
  • Moukoko 71'

Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Allegiant Stadium, Las Vegas
Live Streaming : MUTV

5 Ogos 2023 (Sabtu)

Manchester United vs Lens

Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Old Trafford
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

6 Ogos 2023 (Ahad)

Manchester United vs Athletic Club

Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Aviva Stadium, Dublin
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Jadual Siaran Langsung Pre Season Manchester United 2023"

Comment Author Avatar
dah lama tak tengok bola EPL, UCL ke... layan piala dan liga malaysia je