Pengalaman Berkuda Di Cappadocia Turki Yang Tidak Boleh Dilupakan

Pengalaman Menunggang Kuda Di Cappadocia Yang Pasti Tidak Boleh Dilupakan

Mungkin bagi anda pengalaman berkuda atau Horse Riding buat pertama kali sangat teruja dan gembira. Tetapi ianya tidak bagi aku, lagi-lagi bila aku berkuda buat kali pertama di Cappodocia, Turkiye pada tahun 2023.

Selain daripada nikmati pemandangan hebat di pekan Gerome, bermalam dalam cave hotel serta mengikut Jeep Safari Tour untuk menyaksikan Hot Air Ballon, aku ada juga serta aktiviti menunggang kuda atau Horse Ride.

BACA : Itinerari Penuh Ke Cappadocia dan Istanbul Selam 9 Hari Di Turki

Sebenarnya di Cappadocia ni terlalu banyak aktiviti yang anda boleh lakukan selain daripada berkuda, anda juga boleh sertai Green Tour, Red Tour, Camel Tour, Salt Lake, rent a car, Salt Lake, ATV ride dan banyak lagi.

Jika mengikut itinerari awal, aktiviti Horse Ride ni tiada dalam senarai atau KIV sahaja. Tetapi atas desakan dan 'perlu teman' adik aku, jadi kena la juga  berkuda. Dia takpa, dah banyak kali tunggang kuda, ini pengalaman pertama aku.

Harga Dan Tempahan Aktiviti Menarik Di Cappadocia, Turki

Untuk anda yang ingin buat tempahan lebih awal bagi menyertai mana-mana aktiviti selama di Cappadocia, Turkiye, boleh guna Klook sahaja. Disenaraikan antara aktiviti, harga dan tempahan seperti dibawah

Hot Air Ballon Flight Experience - RM908 (Klik sini)

Cappadocial Instagram Tour - RM355 (Klik Sini)

Historical Cappadocia Red Tour - RM330 (Klik sini)

Horseback Riding - RM228 (Klik sini)

Green Tour - RM219 (Klik sini

Ballon Chasing Photo Tour at Sunrise - RM71 (Klik sini

Quad Safari Ride - RM228 (Klik sini)

Turkish Night - RM289 (Klik Sini)

Whirling Dervish Show - RM126 (Klik sini)

Jeep Safari Tour - RM380 (Klik sini)

Goreme Hiking Tour - RM888 (Klik sini)

Harga Aktiviti Horse Riding Di Cappadocia, Turkiye

Ini antara kelebihan aktiviti yang ada di Cappadocia. Anda boleh buat tempahan last minit macam aku decide nak naik kuda ni. Aku nak pergi petang, pagi tu pun aku boleh tempah. Banyak tempat anda boleh buat tempahan disana. Pergi je mana-mana kedai yang ada buat travel & tour.

Macam aku, ada buat tempahan secara whatsapp. Bagi tahu nak amik pakej Horse Ride pada waktu bila dan bayaran yang ditawarkan ketika itu adalah €25 seorang (lebih kurang RM115). Tapi untuk lebih selamat, anda boleh beli pakej di Klook sahaja untuk Horseback Riding disini.

Kemudian pada belah petang tersebut, ada van yang jemput kami di hotel bersama orang lain juga yang menyertai aktiviti tersebut dan seterusnya terus ke tapak aktiviti berkuda tersebut.

Pengalaman Menunggang Kuda (Horse Riding) Di Cappadocia, Turki

Aktiviti Horse Ride di Cappadocia hanya diadakan pada belah petang di Gerome National Park iaitu 2 jam sebelum matahari tenggelam. Pada hari kejadian tu, seingat aku gerak dalam pukul 4 petang ke tapak kuda dan terus bergerak.

Tempoh tunggang kuda secara keseluruhan adalah 2 jam untuk naik dan turun. Dalam tempoh tersebut, akan ada berhenti seketika di kawasan gua yang ada church dalamnya. Tak ingat nama tempat tu apa. Disitu juga, antara tempat tertinggi di national park ni.

Berhenti minum dan tunggu sunset dalam 20 minit macam tu. Serius SANGAT CANTIK PEMANDANGAN atas ni. Boleh tengok pemandangan batu tajam di sekitar kawasan dan boleh tengok kawasan yang luas. Pada hari tersebut ada sunset sikit, sebab terlindung awan sikit.

Pengalaman Naik Kuda Di Cappadocia Turki Yang Pasti Tidak Boleh Dilupakan

Tetapi untuk sampai ke kawasan yang cantik ini, aku perlu hadap azab yang bagi aku 'cukup kali ni je la aku naik kuda'. Lepas ni memang aku taknak naik dah lah. Naik kuda mainan di fun fair lagi menarik kot haha

Inilah pengalaman yang paling menarik untuk aku dan juga menjadi antara pengalaman yang menakutkan. Sampai aku rasa, tak semua sesuai untuk join Horse Ride disini. Hati tak kental, takpayah la naik.

Anda akan diberikan seorang seekor kuda dan topi keselamatan. Biasa kalau tunggang kuda kat taman, akan ada orang bawakan kan? Ini tidak, kuda tersebut telah dilatih untuk mengikut kuda yang lain dihadapan. Kita akan bergerak bersama-sama dalam satu barisan yang panjang. Hanya kuda depan sahaja dibawa oleh pemandu arah (guider). Kuda lain ikut sahaja.

Jadi secara amnya, anda tidak perlu buat apa-apa. Kuda tersebut akan jalan dengan sendiri mengikut kuda depan hingga ke destinasi. Tapi ada juga diajar, kalau kuda tu sibuk makan, tarik talinya untuk masuk semula ke barisan.

Pada awalnya, kita semua akan bergerak sebaris di tempat yang lapang dan mendatar. Untuk permulaan, bagi aku biasa sahaja. Kemudian kuda dah start naik bukit sikit tetapi masih dalam kawasan yang luas terbuka.

Akhirnya kuda akan start memanjat di celah-celah batu tajam, lalu sebelah cerun apabila sudah sampai kawasan yang lebih tinggi dan pernah juga mendaki tempat yang curam. Alhamdulillah, nasib semua kuda lepas.

Bayangkan, anda tak pernah tunggang kuda. Kuda anda dapat pula besar. Tak faham sistem nak kawal kuda. Tiada guider yang bawa untuk kuda aku dan terpaksa lalu tepi-tepi cerun weh. Serius, kalau kuda tu silap langkah, memang boleh terjunam ke bawah.

10 minit awal, boleh la tenang lagi. Bila dah start 10 minit terakhir sebelum sampai ke kawasan rehat tu, serius cuak sepanjang perjalanan. Lagi pula, kuda aku ni jenis suka makan. Pantang nampak daun pokok, dia stop makan. Terpaksa la aku tarik supaya masuk semula dalam barisan.

Sepanjang tempoh mendaki ke atas, aku cuak dan alhamdulillah tiada apa-apa terjadi pada aku TETAPI berlaku pada orang lain. Yes, ada salah seorang pelancong dan kebetulan sempat borak di ladang kuda tersebut sebelum tu. Seingat orang Indonesia.

Pasti ngeri untuk dia, apabila kudanya melompat dan katanya sebab dia bersin sahaja yang mana telah menyebabkan kuda tersebut terkejut. Disebabkan itu, kuda terlompat dan dia jatuh ke belakang. Perghh cuak masa dengan dia cerita.

Kat atas tu memang ambil gambar je la. Bukan senang nak sampai ke kawasan ini walaupun dalam hati masih takut ni hahaha Terfikri pula lepas ni, nak turun bukit pula. Lagi teruk gayanya ni.

Pengalaman Naik Kuda Di Cappadocia Turki Yang Pasti Tidak Boleh Dilupakan

Pengalaman Naik Kuda Di Cappadocia Turki Yang Pasti Tidak Boleh Dilupakan

Aku naik dah cuak, now terpaksa hadap sekali lagi untuk turun dari bukit pula. Seperti biasa, kena lalu celah batu tajam, di tepi-tepi cerun bukit yang dalam dan paling seksa kena ubah posture badan apabila kuda ingin turun. Badan kena menghadap kebelakang sikit, bagi mengelakkan kita tersembam kedepan.

Masa turun ni, aku teringat, memang ada lalu satu kawasan yang hampir gila dengan cerun bukit. Kalau tergelincir memang arwah dah la. Ada satu pelancong ni, kuda dia bergerak ke arah cerun tu, tak tahu kenapa. Nasib baik kuda stop tiba-tiba. Kalau tidak, memang dia dengan kuda kebawah la jawabnya.

Perghh seram aku tengok moment tu. Berlaku depan mata beb. Alhamdulillah kami semua turun dengan selamat menaiki kuda masing-masing kecuali pelancong yang jatuh kuda tu. Dia takut punya pasal, turun jalan kaki sahaja. Waktu turun ambil masa tak lama dalam 10 minit je rasanya.

Kalau nak tengok antara pengalaman aku dan adik aku menaiki kuda untuk Horse Riding di Goreme National Park, Cappadocia Turkiye, anda boleh tengok video youtube dibawah dari mula hingga habis.

Tips Aktiviti Horse Riding Di Cappadocia, Turkiye

Jadi mengikut pengalaman aku sendiri yang bukanlah berani sangat naik kuda ni, nak kongsi untuk anda yang ingin sertai aktiviti Horse Ride di Cappadocia

  • Pakai pakaian yang sesuai iaitu berseluar. Hari makan sejuk ketika itu, jadi bawa la baju sejuk
  • Stretching terlebih dahulu, sebab nak panjat kuda tu tinggi juga. Takut cramp ke apa nanti, susah pula
  • Bawa kamera letak kat dada (Beli Insta360 ni, kecil style). Cantik juga kalau dapat rakam moment dari atas kuda.
  • Boleh minta tolong guider yang lain ambilkan gambar sepanjang perjalanan. Dieorang boleh bantu, jangan risau.
  • Nak ambil gambar guna fon sendiri boleh je sebelah tangan
  • Baca doa banyak-banyak supaya kuda tak naik gila dan dapat kuda yang dah kenyang.
  • Jangan bersin secara tiba-tiba. Jangan buat kuda terkejut. Tidak melayang nanti.
  • Ambil gambar sepuas-puasnya bila sampai kat atas. Serius cantik gila pemandanganKalau ada duit lebih, boleh beli gambar yang dieorang ambilkan guna kamera. Bagi sekali dengan frame. Ok la. Harga tak ingat, lebih kurang RM20 la. Taknak beli pun takpa

Jadi itulah antara pengalaman menarik dan mungkin mengerikan untuk aku selama join aktiviti Horse Ride di Cappadocia, Turkiye.

Jika tanya aku, cukuplah sekali ni aku naik kuda lagi-lagi di Cappadocia. Lepas tu taknak dah la. Baik tunggang benda lain pula lepas ni. hahahahaha

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Pengalaman Berkuda Di Cappadocia Turki Yang Tidak Boleh Dilupakan"

Comment Author Avatar
Seronoknya tapi entah bila dapat datang sini kan.