Review Filem Mission Impossible Dead Reckoning Part One. Anda Wajib Tonton

Review Filem Mission Impossible Dead Reckoning Part One

Filem pertama yang aku tonton di pawagam pada bulan Julai ini adalah Mission: Impossible Dead Reckoning Part One yang telah keluar pada 12 Julai 2023 yang lalu.

Seingat aku, ini adalah filem pertama Mission Impossible yang aku layan di pawagam. Untuk filem-filem sebelum ini, aku layan secara striming di tv sahaja.

Filem Dead Reckoning arahan Christopher McQuarrie kali ini adalah yang ketujuh dalam franchise Mission Impossible dan ianya hanya bahagian pertama sahaja. Dikatakan untuk bahagian kedua atau part two akan ditayangkan pada tahun 2024.

Barisan Pelakon

Masih mengekalkan pelakon utama yang memegang watak Ethan Hunt untuk 7 musim iaitu Tom Cruise disamping pelakon-pelakon lain seperti Hayley Atwell, Rebecca Ferguson, Vanessa Kirby, Pom Klementieff, Esai Morales, Simon Pegg, Ving Rhames dan ramai lagi.

  • Tom Cruise sebagai Ethan Hunt
  • Hayley Atwell sebagai Grace
  • Rebecca Ferguson sebagai Ilsa Faust
  • Vanessa Kirby sebagai Alanna Mitsopolis
  • Pom Klementieff sebagai Paris
  • Esai Morales sebagai Gabriel

Sinopsis Filem Mission Impossible Dead Reckoning Part One

Filem Mission Impossible 7 kali ini masih mengisahkan Ethan Hunt bersama misinya yang perlu diselesaikan demi dunia sejagat.

Kali ini, dia menerima misi untuk mencari sepasa kunci yang pada awalnya tidak tahu tentang kegunaan yang sebenar. Tapi selain dia, ada juga yang mencari, dia kena juga dapatkan kunci tersebut.

Review Filem Mission Impossible Dead Reckoning Part One

Dalam filem kali ini, dia perlu berhadapan dengan villain Gabriel dan juga AI (Artificial Intelligence) yang digelar ENTITI. Ianya ketahui semua maklumat rahsia yang orang lain tak tahu.

Sedang dalam misi mendapatkan kunci tersebut, terdapat seorang lagi yang diupah untuk mendapatkan kunci tersebut iaitu Grace. Pakar dalam bidang curi-mencuri.

Pada awalnya bersaing bersama Hunt untuk mendapatkan kunci tersebut, akhirnya jatuh ketangan Gabriel. Disebabkan itu, akhirnya mereka berdua bersatu bekerjasama bagi mencuri semula kunci tersebut.

Review Filem Mission Impossible Dead Reckoning Part One

Sebuah filem yang simple berkaitan plot dan jalan cerita, tetapi sarat dengan aksi yang memukau. Ianya menjadikan mission impossible kepada mission possible yang juga selalu terjadi pada filem-filem sebelumnya.

Ada 3 perkara yang aku suka sepanjang filem ini dimainkan di pawagam walaupun durasi dia 2 jam 40 minit.

Jalan Cerita

Plot filem Mission Impossible ni mudah sahaja. Ethan Hunt diberi misi menyelamat atau dapatkan sesuatu. Lawan-lawan, lari-lari dan akhirnya berjaya. Straight to the point.

Kadang apa yang dipaparkan takperlu pun kita nak fikir secara mendalam atau ada flashback yang perlu kita ingat pada filem-filem sudah.

Seperti filem yang ketujuh ini, jika anda tidak pernah menonton filem-filem sebelumnya pun takpa. Ianya tiada kaitan dan seolah-olah sebuah cerita baru dengan hanya menggunakan watak yang sama sahaja.

Lebih kurang macam franchise Fast & Furious la. Ianya tidak berkaitan antara satu sama lain pun. Jadi anda boleh tengok Mission Impossible Dead Reckoning Part One tanpa perlu tengok filem-filem sebelumnya.

Tetapi dia dah bagi tahu, ini adalah part one, maka akan ada filem part two yang pastinya bersambung daripada filem ini. Jadi nak tengok part two nanti, kena tengok part one ni dulu.

Aksi Yang Luar Biasa

Sebelum filem ini dikeluarkan di pawagam, kita sudah disajikan dengan kehebatan Tom Cruise yang melakukan aksi atau stunt dia sendiri walaupun sudah berumur 60 tahun.

Terjunan yang dibuat dari moto cross menuruni curam dibuat oleh beliau sendiri. Selain itu, dikatakan kereta api yang digunakan dalam filem ini juga dibina khas bersama landasan. Supaya senang untuk dihancurkan.

Review Filem Mission Impossible Dead Reckoning Part One

Selain daripada aksi-aksi tersebut, ada juga aksi lain yang lebih memukau terutamanya di tengah-tengah kota Rome. Memandu sebelah tangan menaiki kereta kecil comel berwarna kuning. Aku rasa babak ni sama macam Fast 9 la, tempat yang sama.

Aksi fighting atau berlawan juga tidak kurang hebatnya. Ada pertempuran antara Gabriel dan Ilsa Faust dan ada juga pertempuran ditempat yang sempit antara Ethan dan orang jahat Paris. Tapi jangan risau, hero mesti menang punya.

Barisan Pelakon

Mission Impossible dengan Tom Cruise memang tidak boleh dipisahkan lah. Tak tahu macam mana kalau nanti beliau buat keputusan untuk bersara tapi ingin meneruskan franchise ni lagi. Siapa yang layak ganti.

Selain daripada hero, ada satu watak yang menarik perhatian dari awal hingga akhir iaitu Grace. Seorang pencuri handalan dalam filem ini dan akhirnya bekerjasama dengan Ethan Hunt.

Tapi inilah kelebihan filem Mission Impossible, watak perempuan yang dibawa masuk mesti hot punya, sama macam Hayley Atwell ni. Berlakon pandai, mencuri pandai dan paling penting lawa juga dia ni. Shape muka dia cantik.

Review Filem Mission Impossible Dead Reckoning Part One

Pengarah bijak juga mengetengahkan wataknya yang menunjukkan dia bukanlah pandai sangat melakukan misi. Orang kata masih newbie. Banyak pertolongan daripada Ethan sendiri.

Jadi lepas ni, kita boleh tengok lagi beliau beraksi untuk part two.

Penutup

Pengakhiran cerita juga menarik. Walaupun kita tahu ini adalah part one, tetapi pada hujungnya seolah-olah cerita ini memang habis disini. Tidak tergantung atau cliffhanger.

Nak tengok contoh paling ketara adalah filem Fast 9. Tengok macam mana ending dia tergantung habis kan. Tiba-tiba habis dan gelap dan keluar panggung sambil tertanya-tanya

Untuk Mission Impossible Dead Reckoning Part One ini tidak. Memang ending yang cantik sahaja, tapi masih ada misi yang belum selesai. Tak sampai la kita tertanya-tanya lepas keluar panggung.

Apa-apapun sebuah filem yang menarik, sarat dengan aksi yang memukau bersama teknologi serta pelakon-pelakon yang hebat. Duduk hampir 3 jam pun tak terasa sangat.

Rating Mission: Impossible Dead Reckoning Part One : 8/10

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Review Filem Mission Impossible Dead Reckoning Part One. Anda Wajib Tonton"