RM100 Kredit eTunai Percuma Daripada Kerajaan
Berita baik untuk anda dan kita semua, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan pemberian RM100 kredit eTunai secara percuma.
Pemberian ini adalah untuk golongan dewasa berumur 21 tahun dan keatas dengan pendapatan tahunan RM100,000 atau kurang. Atau senang kira lebih kurang RM8300 sebulan.
Dengan nilai tersebut, secara keseluruhan, kerajaan memperuntukkan lebih RM1 bilion bagi tujuan ini. Pastinya lebih ramai layak menerimanya.
Seperti yang diumumkan, lebih 10 juta yang bakal menerima faedah ini iaitu terdiri daripada golongan B40 dan M40.
Walaubagaimanapun, perincian tentang inisiatif ini akan diumumkan kelak dan tidak lama lagi.
Sebelum ini, kerajaan dah bagi untuk belia menerusi program eBelia Rahmah (EBR). Sebab program tersebut berjaya dan bagi manfaat kepada penerima, kali ini bagi kepada golongan dewasa pula.
Ketika itu, ada 3 eWallet yang terlibat untuk penerimaan program tersebut iaitu Setel, Touch 'N Go eWallet dan Boost.
Untuk pemberian kali ini mungkin menggunakan platform yang sama atau ada melibatkan eWallet yang lain seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan sebagainya
Selain itu, dalam majlis peluncuran EKONOMI Madani : Memperkasa Rakyat ini juga, PMX turut mengumumkan bantuan khas RM300 untuk penjawat awam gred 56 dan kebawah serta RM200 untuk pesara.
Ini bakal dimanfaatkan oleh 1.3 juta penjawat awam termasuklah juga lantikan kontrak dan pesara.
Diharapkan perincian yang lebih akan diumumkan selepas ini tentang tatacara untuk tebus dan menggunakan kredit eWallet tersebut.
1 comment for "RM100 Kredit eTunai Percuma Daripada Kerajaan"