Senaria Harga Rasmi Tesla Y Di Malaysia Untuk 3 Pilihan Bermula RM199K

Senaria Harga Rasmi Tesla Y Di Malaysia Untuk 3 Pilihan Bermula RM199K

Selepas bertahun-tahun menunggu kemasukan Tesla ke Malaysia, akhirnya kini diumumkan terus secara rasmi harga untuk Tesla Model Y bagi 3 pilihan varian iaitu bermula RM199K hingga RM288K.

Harga tersebut kita sedia maklum telah diumumkan beberapa hari yang lalu, tetapi pada 20 Julai 2023, Tesla Malaysia telah mengadakan acara rasmi bagi memperkenalkan Tesla Model Y di Pavillion, Kuala Lumpur.

Sebelum ini juga diumumkan bagi mereka yang berminat, tempahan telah pun dibuka dengan yuran tempahan RM1,000 sahaja (tidak akan dipulangakan). Bagi yang berminat, boleh tempah disini. Dijangkan akan diterima pada awal 2024.

Harga 3 Varian Tesla Model Y Di Malaysia

Seperti yang kita tahu, ada 3 varian yang dibawa masuk ke Malaysia bagi SUV elektrik Tesla Model Y. Berikut harga yang ditawarkan :

Tesla Y RWD - RM199,000

Tesla Y AWD Long Range - RM246,000

Tesla Y AWD Performance - RM288,000

Terdapat 5 pilihan warna yang ditawarkan iaitu Pearl White, Solid Black, Midnight Silver, Deep Blue dan Red.

Tesla Model Y RWD (RM199,000)

Tesla Model Y RWD (RM199,000)

  • Motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang
  • Jarak gerak 430 km 
  • Pecutan 0-100 kmsj 6.9 saat
  • Kelajuan maksimum 207 km/j
  • Rim gemini 19 inci

Tesla Model Y AWD Long Range (RM246,000)

Tesla Model Y AWD Long Range (RM246,000)

  • Motor elektrik berkembar, sistem pacuan semua roda
  • Jarak gerak 533 km
  • Pecutan 0-100 km/j 5.0 saat
  • Kelajuan maksimum 217 km/j
  • Rim gemini 19 inci

Tesla Model Y AWD Performance (RM288,000)

Tesla Model Y AWD Performance (RM288,000)

  • Motor elektrik berkembar, sistem pacuan semua roda
  • Jarak gerak 514 km
  • Pecut 0-100 km/j 3.7 saat
  • Kelajuan maksimum 250 km/j
  • Rim Uberturbine 21 inci
  • Sistem brek berprestasi
  • Sistem gantungan direndahkan
  • Pedal aloi aluminium
  • Spoiler gentian karbon

Untuk info lanjut, boleh baca di careta.my

Jadi sudah ada yang berhajat dan bercita-cita untuk dapatkan sebuah kereta elektrik (Electric Vehicle, EV) yang pertama untuk diri sendiri? Ditambah pula Tesla kini sudah rasmi di Malaysia.

Harga pula tidaklah terlalu tinggi sebenanrya. Bawah 200k, anda dah boleh miliki sebuah EV Tesla yang kini terkenal di serata dunia. Pastinya dengan auto-pilot kan.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Senaria Harga Rasmi Tesla Y Di Malaysia Untuk 3 Pilihan Bermula RM199K"