Jadual Siaran Langsung Goh Sze Fei/Nur Izzudin Di Final US Open 2023

Jadual Siaran Langsung Goh Sze Fei/Nur Izzudin Di Final US Open 2023

Yang ditunggu-tunggu bakal tiba apabila wakil tunggal negara menerusi kejohanan badminton BWF Yonex US Open 2023 iaitu Goh Sze Fei dan Nur Izzudin akan beraksi di final pada 17 Julai 2023 bertempat di Council Bluffs, USA.

Pemain pilihan ke-3 kejohanan tersebut akan bertemu pilihan ke-7 dari Chinese Taipei iaitu Fan Chi Lee dan Fang Jen Lee bagi merebut takhta kejuaraan dalam aksi bagi kategori Beregu Lelaki.

Sebelum itu, Yonex US Open yang juga antara kejohanan Super 300  yang berlangsung dalam kalendar BWF World Tour tahun ini telah berlangsung dari 11 Julai bermula daripada pusingan 32 hingga ke pusingan final pada 16 Julai 2023.

Dalam kejohanan ini, Malaysia hanya menghantar seorang wakil sahaja iaitu menerusi kategori Beregu Lelaki iaitu Goh Sze Fei dan Nur Izzudin. Mereka kembali disatukan selepas beberapa bulan terpisah akibat prestasi yang kurang memberangskan sebelum-sebelum ini.

Tetapi kali ini, mereka sepertinya tidak mensia-siakan peluang yang diberi untuk bermain kembali apabila berjaya bolos ke final. Mereka sama seperti peserta-peserta lain iaitu bermula daripada pusingan pertama lagi.

Pada pusingan 32, pasangan FeiDin berjaya menewaskan pasangan daripada Mexico iaitu Job Castillo/Montaya Navarro dengan keputusan 21-16 dan 21-13. Kemudian di pusingan 16, mereka bertemu wakil USA iaitu Chen Zhi Yi/Presly Smith dengan rubber set, 22-20, 13-21, 19-21.

Di pusingan suku akhir, mereka berhadapan dengan wakil Chinese Taipei iaitu Chiu Hsiang Chieh/Yang Ming Tse dengan keputusan 21-15, 21-19. Seterusnya mereka berhadapan dengan wakil China yang juga pilihan ke-5 iaitu Chen Bo Yang/Liu Yi.

Sepertinya tiada masalah kepada Goh Sze Fei dan Nur Izzudin apabila berjaya mengalahkan pasangan tersebut dengan keputusan 21-14, 21-7 dalam masa 35 minit sahaja.

Kini tugas terakhir mereka akan bertemu satu lagi pasangan daripada Chinese Taipei iaitu Fang Chi Lee dan Fang Jen Lee yang juga pilihan ke-7.

Jika dilihat di atas kertas, perlawanan ini akan memihak kepada pasangan negara dimaan mereka pernah bertemu sekali sebelum ini dan ianya berpihak kepada FeiDin. Tetapi di final, macam-macam boleh berlaku.

Tetapi pastinya semua peminat sukan badminton di Malaysia sangat mengharapkan kemenangan untuk pasangan negara ini sekali gus dapat membawa pulang kejuaraan untuk peminat dan penyokong mereka di tanah air.

Siaran Langsung Final US Open 2023 Untuk Goh Sze Fei Dan Nur Izzudin

Untuk yang ingin menyaksikan perlawanan final, anda boleh tonton menerusi saluran Astro Supersport 814 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Perlawanan akan bermula pada 17 Julai 2023, hari Isnin, pukul 1.00 pagi waktu Malaysia dengan melibatkan lima kategori iaitu bermula dengan Beregu Campuran, Perseorangan Wanita, Beregu Wanita, Beregu Lelaki dan Perseorangan Lelaki.

Goh Sze Fei/Nur Izzudin akan bermain pada game yang ke-4, lebih kurang jam 2.30 pagi. Sebaiknya, anda tunggu sehingga waktu ketibaan. Sebelum tu, boleh juga tonton game yang lain juga.

[XD] Ye Hong Wei/Lee Chia Hsin (TPE) vs (DEN) Mathias Thyrri/Amalie Magelund - [13-21, 21-16, 21-18]

[WS] Gao Fang Jie (CHN) vs (THA) Supanida Katethong - [15-21, 16-21]

[WD] Maiken Fruergaard/Sara Thygesen (DEN) vs (CHN) Liu Sheng Shu/Tan Ning - [19=21, 19-21]

[MD] Lee Fang Chih/Lee Fang Jen (TPE) vs (MAS) Goh Sze Fei/Nur Izzudin - [9-21, 10-21]

[MS] Kunlavut Vitidsarn (THA) vs (CHN) Li Shi Feng - [15-21, 18-21]

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan kejohanan Yonex US Open 2023, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwf.tournamentsoftware.com/USOpen.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Siaran Langsung Goh Sze Fei/Nur Izzudin Di Final US Open 2023"