Siaran Langsung Live Streaming Final UEFA EURO U21 Championship 2023

Siaran Langsung Live Streaming Final UEFA EURO U21 Championship 2023

Kejohanan UEFA EURO U21 Championship 2023 kini sudah memasuki final dimana bakal mempertemukan dua pasukan iaitu England dan Sepanyol dimana perlawanan ini akan berlangsung pada 9 Julai 2023, hari Ahad di Stadium Adjrabet Arena, Batumi di Georgia.

UEFA European Under-21 Championship untuk tahun 2023 ini merupakan kejohanan bola sepak remaja dwitahunan edisi ke-24 dimana ianya dianjurkan oleh UEFA untuk pemain dibawah 21 tahun bermain untuk negara bagi benua Eropah.

Terdapat 16 pasukan kesemuanya yang terlibat dalam edisi kali ini dan hanya pemain yang lahir selepas 1 Januari 2000 layak untuk mewakili dan mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Kejohanan ini dianjurkan bersama oleh Romania dan Georgia. Romania menjadi tuan rumah untuk perlawanan pembukaan, manakala Georgia menjadi tuan rumah untuk perlawanan final. Untuk rekod, Romania pernah menjadi tuan rumah untuk edisi 1998.

Sama seperti edisi sebelumnya dimana kejohanan ini akan berlangsung setahun sebelum Olimpik. Ianya menjadi platform untuk peringkat kelayakan bagi Olimpik 2024 kelak. Selain daripada Perancis yang telah layak selaku tuan rumah, akan ada lagi 3 pasukan akan memenuhi slot Eropah untuk ke Olimpik.

Kejohanan UEFA EURO U21 Championship 2023 telah bermula dengan 4 kumpulan dan 4 pasukan bagi setiap kumpulan tersebut. Juara dan naib juara setiap kumpulan, layak ke pusingan Suku Akhir. Kemudian pasukan yang menang ke Separuh Akhir dan sehinggalah ke Final.

  • Kumpulan A - Georgia, Portugal, Belanda, Belgium
  • Kumpulan B - Sepanyol, Ukrain, Croatia, Romania
  • Kumpulan C - England, Israel, Czech Republic, Jerman
  • Kumpulan D - Perancis, Switzerland, Italy, Norway

Jadual Dan Siaran Langsung Final UEFA EURO U21 Championship 2023 England vs Sepanyol

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Final UEFA EURO U21 Championship 2023 antara England dan Sepanyol yang akan berlangsung pada 9 Julai ini, hari Ahad, pukul 12.00 tengah malam untuk waktu Malaysia.

Walaupun begitu, tiada tayangan siaran langsung yang dibawakan di saluran Astro atau mana-mana saluran tv di Malaysia. Jadi untuk yang berminat menyaksikan perlawanan ini, anda kena cari link live streaming.

9 Julai 2023 (Ahad)

England vs Sepanyol

Masa : 12.00 Tengah Malam
Venue : Stadium Adjrabet Arena, Batumi
Tayangan : - Tiada -
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Final UEFA EURO U21 Championship 2023"