Jadual Siaran Langsung Live Streaming Futsal JDT vs Selangor TOT United Separuh Akhir MPFL 2023

Jadual Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Selangor TOT United Separuh Akhir MPFL 2023

Kini tiba giliran perlawanan melibatkan dua lagi pasukan futsal bagi aksi Separuh Akhir kedua MPFL 2023 iaitu melibatkan JDT vs Selangor TOT United dimana ianya akan berlangsung pada 30 Julai 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Pada peringkat separuh akhir, perlawanan akan dilangsung secara timbal balik. Jadi pasukan yang berjaya memperoleh jaringan yang lebih banyak bagi dua perlawanan, seterusnya akan layak ke final MPFL 2023.

Kita sudah pun ketahui empat pasukan yang layak ke peringkat semi final ini. Selain JDT dan Selangor TOT, Pahang Rangers dan Selangor MAC turut layak dan berjuang bagi menempah slot ke pusingan akhir Malaysia Premier Futsal League 2023.

Kejayaan JDT Di Separuh Akhir Pertama

Pada minggu lalu, JDT telah berkujung ke Shah Alam bagi mengharungi separuh akhir pertama menentang Selangor TOT United.

Dalam perlawanan tersebut, JDT berjaya menumpaskan pasukan tuan rumah dengan jaringan 7-5 dan pastinya bukanlah jumlah jaringan yang selamat untuk menghadapi perlawanan kedua pula.

Kejayaan Selangor TOT United Pada Di Suku Akhir

Bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, Selangor TOT United perlu berhadapan dengan pasukan Pulau Pinang. Pada perlawanan pertama yang diadakan di Penang, Selangor TOT United berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 2-1.

Kemudian diikuti perlawanan kedua yang berlangsung di Shah Alam dan sekali lagi Selangor TOT tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Pulau Pinang dengan jaringan yang sama 2-1 dan sekali gus menang menerusi agregat 4-2.

Kejayaan Besar JDT Di Suku Akhir

Keputusan yang sama, tetapi bilangan jaringan gol yang sangat ketara. JDT dikatakan antara pasukan pilihan juara kali ini berjaya ke peringkat separuh akhir dengan kemenangan bergaya apabila menewaskan Sabah dengan agregat 21-0.

Pada pusingan pertama, JDT telah bermula garang apabila membelasa Sabah 12-0 sehingga waktu penamat, meskipun bermain di tempat lawan. Kemudian di Pasir Gudang, JDT sekali lagi menjaringkan gol dengan bilangan yang besar iaitu 9-0. Menang bergaya

Pertemuan Antara Buku Dan Ruas Selangor TOT United vs JDT

Pertemuan ini pastinya ditunggu-tunggu terutamanya peminat futsal di tanah air. Bukan sahaja berbisa di bola sepak, JDT dan Selangor juga tidak kurang hebatnya dalam arena futsal. Pasti menarik untuk diketahui, pasukan manakah yang layak ke final MFPL 2023.

Perlawanan pertama ini pastinya tidak akan disia-siakan terutamanya pasukan tuan rumah. Mendapat sedikit kelebihan apabila bermain di tempat sendiri. Tetapi pasukan pelawat juga tidak akan duduk diam dan pastinya mencari bekalan untuk dibawa ke tempat mereka nanti.

Dapatkan Tiket Masuk Secara Walk-In

Jadi khusus untuk pasukan tuan rumah JDT, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Stadium Tertutup Pasir Gudang nanti untuk memberikan sokongan kepada pasukan futsal kesayangan anda.

Dapatkan tiket yang kini sudah boleh dibeli secara walk-in di kaunter stadium. Harga RM20 untuk tiket grandstand, RM10 untuk tiket terbuka dan masuk percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tiada jualan tiket secara online.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Selangor TOT United

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang menonton dan bagi yang meminati sukan futsal, perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau secara online di Astro Go.

Untuk yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming di platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan serendah RM34.90 sebulan. Juga tersedia pelbagai kandungan hiburan dan sukan.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan kedua Separuh Akhir MPFL 2023 antara JDT vs Selangor TOT United dimana akan berlangsung pada 30 Julai ini, hari Isnin pukul 8.30 malam.

24 Julai 2023 (Isnin)

FT : Selangor TOT United (5) - (7) JDT

  • Yazid Kamaruzuan 4', 33', 35'
  • Helio Neto 6'
  • Azlan Nasti Azwar 12' 
  • Abu Haniffa Hasan 20', 22'
  • Caio Cesar 20'
  • Azri Rahman 24'
  • Awalluddin Mat Nawi 29'
  • Saad Sani 32' Danial Dain 40'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : KSN Panasoni, Shah Alam
Tayangan : Astro Arena 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka

30 Julai 2023 (Ahad)

FT : JDT (8) - (3) Selangor TOT United (Agg : 15-8)

  • Helio Neto 1'
  • Abu Haniffa Hasan 10', 28', 35'
  • Wan Raziq Wan Zulhasmi 19'
  • Yazid Kamaruzuan 19' 
  • Caio Cesar 21'
  • Ekmal Shahrin 23', 35'
  • Saad Sani 38'
  • Fakhrul Islam Anizam 39'

Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Tertutup Pasir Gudang
Live Streaming : Astro Go & Sooka

*JDT mara ke final MPFL 2023 bertemu Pahang Rangers

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Siaran Langsung Live Streaming Futsal JDT vs Selangor TOT United Separuh Akhir MPFL 2023"