Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi Di TVS

Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi Di TVS

Saksikan telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi yang akan menemui penonton pada 2 Julai 2023, bersiaran pada hari Ahad, jam 9.15 malam di TVS menerusi saluran Astro 122 dan MYTV 112 juga. Info penuh di https://tvstv.my/.

Telefilem yang dibawakan dengan berlatarbelakangkan negeri Sarawak ini merupakan terbitan syarikat produksi Pencil Pictures & Record Sdn. Bhd., diarahkan oleh Along Kamaludin dengan nukilan skrip daripada Tommy Loh.

Sinopsis Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi

Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi menampilkan barisan pelakon seperti Wanna Ali, Azam Pitt, Dee Dee A'iene, Asfareen Ahmad, Rosmi Abdul, Mustahfirin, Leena Kaha, Yahaya Rosli dan ramai lagi.

  • Wanna Ali sebagai Zana
  • Azam Pitt sebagai Zakee Zamanie
  • Dee Dee A'iene sebagai Tini
  • Rosmi Abdul sebagai Mak Tom
  • Asfareen Ahmad sebagai Farhana

Ianya mengisahkan Zana iaitu seorang tutor yang membesar menjadi seorang anti-selebriti apabila arwah ayahnya yang merupakan seorang penyanyi meninggalkan ibunya apabila berjaya.

Hidup Zana sedikit bergolak dengan kehadiran seorang selebriti popular, Zakee Zamanie yang berpindah ke sebelah kediamannya.

Tanggapan buruk Zana terhadap golongan selebriti semakin parah apabila Zakee didakwa cuba mengambil kesempatan status selebritinya terhadap rakan serumah Zana iaitu Tini yang amat fanatik dengan dunia hiburan.

Namun perasaan Zana terhadap Zakee berubah apabila wanita itu secara tidak sengaja membongkar satu rahsia mengenai penyanyi itu.

Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi Di TVS

Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi Di TVS

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi Di TVS"