Telefilem Aku Dia Dan Koma Di TV1

Telefilem Aku Dia Dan Koma Di TV1

Saksikan telefilem Aku, Dia Dan Koma yang akan menemui penonton pada 29 Julai 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem komedi thriller ini merupakan terbitan syarikat produksi Minds Eye Productions Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ollynn Khadri dengan nukilan skrip daripada Shanaz Putra.

Sinopsis Telefilem Aku Dia Dan Koma

Telefilem Aku Dia Dan Koma menampilkan barisan pelakon seperti Riena Diana, Alif Muhaimin, Emilia Hanif, Rasya Dean, Rosnah Idris, Mazlan Mohidin, Shyrim Husni dan ramai lagi

  • Riena Diana sebagai Zara
  • Alif Muhaimin sebagai Halim
  • Emilie Haniff sebagai Mona
  • Rasya Dean sebagai Fatimah

Ianya mengisahkan tentang Halim seorang penghidap OCD yang tidak boleh melihat keadaan bersepah. Akibat kecewa putus tunang dengan Fatimah, Halim dilanggar kereta dan koma.

Disebabkan rumah adiknya kosong, Mona iaitu kakak kepada Halim telah menyewakan rumah didudukinya sebelum ini kepada orang dan penyewanya ialah Zara.

Zara memang kontra dengan Halim dimana di seorang yang pemalas dan suka membuat sepah. Semasa tinggal di rumah Halim, Zara mengalami gangguan aneh.

Zara akhirnya berkomunikasi dengan benda ghaib itu. Setelah 2 bulan, Halim sedar dari koma. Halim beritahu Mona yang semasa koma dia berjumpa perempuan cantik yang suka mengusik barangnya di rumah.

Rupanya selama ini Zara menghidap penyakit Skizofernia yang menyebabkan gangguan fikiran dan perilaku seseorang. Halim suka pada Zara dan akhirnya mereka berkahwin.

Telefilem Aku Dia Dan Koma Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Aku Dia Dan Koma Di TV1"