Telefilem Aku Penghiburmu Di TV2

Telefilem Aku Penghiburmu Di TV2

Saksikan telefilem Aku Penghiburmu yang akan menemui penonton semula pada 25 Julai 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi U2 Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nizam Batman dengan nukilan skrip dan idea asal masing-masing daripada Fatorahman dan Shazana Zulkifli.

Sinopsis Telefilem Aku Penghiburmu

Telefilem Aku Penghiburmu menampilkan barisan pelakon seperti Mustaqim Bahadon, Duerra Matilda, Sara Ali, Fazlina Ahmad Daud, Nazeera Sardi, Ayu Pauat, Ann Mokhtar dan ramai lagi serta penampilan khas daripada Mira Filzah

  • Mustaqim Bahadon sebagai Nizam
  • Duerra Mitilda sebagai Ayu
  • Sara Ali sebagai Cikgu Shikin
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Ann
  • Nazeera Sardi sebagai Alia
  • Ayu Puat sebagai Suraya

Ianya mengisahkan tentang seorang bapa tunggal iaitu Nizam yang tabah walaupun hidup dalam kemiskinan. Dia gigih membesarkan anaknya yang mengidap disleksia. Nizam bekerja sebagai tukang kebun pada waktu siang dan menjadi seorang badut pada sebelah malamnya.

Telefilem Aku Penghiburmu Di TV2

Telefilem Aku Penghiburmu Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Aku Penghiburmu Di TV2"