Telefilem Asam Pedas Pewitt Di TV9

Telefilem Asam Pedas Pewitt Di TV9

Saksikan telefilem Asam Pedas Pewitt yang akan menemui penonton semula pada 14 Julai 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 di saluran TV3 ini merupakan terbitan syarikat produksi Rumah Karya Citra Sdn. Bhd., diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan nukilan skrip daripada Eirma Fatima

Sinopsis Telefilem Asam Pedas Pewitt

Telefilem Asam Pedas Pewitt menampilkan barisan pelakon seperti Hazama, Izreen Azminda, Kazar, Azizah Mahzan, Elly Mazlein, Zulkifli, Nor Amisah, Amy Search, Eirma Fatima, Ikhwan Idraqee dan ramai lagi.

  • Hazama sebagai Leman
  • Izreen Azminda sebagia Peah
  • Kazar sebagai Ayah Leman
  • Azizah Mahzan sebagai Emak Leman
  • Elly Mazlein sebagai Nuri
  • Zulkifli sebagia Ayah Peah
  • Nor Amisah sebagai Emak Peah
  • Amy Search sebagai Amy Search
  • Eirma Fatima sebagai Mak Cun

Ianya mengisahkan tentang Leman merupakan peminat setia Amy Search. Setiap hari dia akan mengikuti perkembangan Amy di Instagram. Ibu dan bapanya kerap berleter kepadanya kerana menganggur.

Leman mempunyai kekasih bernama Peah. Ibu bapa Peah tidak sukakan Leman kerana tidak bekerja. Leman nekad mahu lari ke KL mencari kerja dan Peah ikut serta.

Peah selalu marahkan Leman yang terlalu meminati Amy Search dan selalu berangan bertemu bintang rock itu. Leman ternampak masakan asam pedas Amy Search di Instagram lalu mendapat idea untuk berniaga asam pedas.

Telefilem Asam Pedas Pewitt Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Asam Pedas Pewitt Di TV9"