Telefilem Beruk Tok Ayah Di TV3

Telefilem Beruk Tok Ayah Di TV3

Saksikan telefilem Beruk Tok Ayah yang akan menemui penonton semula pada 29 Julai 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan terbitan syarikat produksi Mache AllStar United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip daripada MF Kencana.

Sinopsis Telefilem Beruk Tok Ayah

Telefilem Beruk Tok Ayah menampilkan barisan pelakon seperti Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Syafie Naswip, Intan Ladyana, Azhan Rani, Keena Mentor dan ramai lagi.

  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Ayah
  • Zamarul Hisham sebagai Hisham
  • Intan Ladyana sebagai Junaidah
  • Azhan Rani sebagai Jusoh
  • Shafie Naswip sebagai Syukor
  • Keena Mentor sebagai Lia

Ianya mengisahkan tentang Tok Ayah yang hidup keseorangan selepas kematian isteri dan cuma ditemani beruk kesayangannya yang digelar Comel.

Comel dijadikan sebagai punca pendapatan mengambil upah memetik kelapa. Tok Ayah mempunyai seorang anak, Hisham namun anaknya itu jarang menziarahinya.

Hisham yang sudah beristeri dengan Junaidah leka berjudi laga ayam. Dia cukup memusuhi beruk ayahnya yang dianggap membawa sial kepada dirinya.

Hisham menganggap Comel menyebabkan ayahnya enggan menjual tanah pusaka untuk membantunya membayar hutang. Beruk itu juga dianggap penyebab kematian ibunya yang dilanggar kereta api.

Di samping mengambil upah memetik kelapa, Tok Ayah juga ialah tokoh dikir barat. Dalam dunia dikir, Tok Ayah dimusuhi Jusoh, seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden dalam persembahannya.

Jusoh juga memusuhi Hisham yang telah merampas dan berkahwin dengan Junaidah, bekas kekasihnya. Tok Ayah mempunyai seorang anak angkat, Syukor seorang pelajar universiti dan dia bersama kekasihnya Lia, penggiat mak yong merancang membuka sekolah melatih beruk untuk ayahnya.

Telefilem Beruk Tok Ayah Di TV3

Telefilem Beruk Tok Ayah Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Beruk Tok Ayah Di TV3"