Telefilem Datin Glam Di TV9

Telefilem Datin Glam Di TV9

Saksikan telefilem Datin Glam yang akan menemui penonton semula pada 21 Julai 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi Rashbir Media Sdn Bhd., diarahkan oleh Rashid Sibir dengan nukilan skrip daripada panel skrip Rashbir Media sendiri.

Sinopsis Telefilem Datin Glam

Telefielm Datin Glam menampilkan barisan pelakon seperti Ziana Zain, Norman Hakim, Rita Rudaini, Amyza Aznan, Norlia Ghani, Ku Fridah, Datuk Chef Wan, Faez Nick, Najwa Jaafar, Mathni Razak dan ramai lagi.

  • Ziana Zain sebagai Datin Ramona
  • Norman Hakim sebagai Datuk Kamal
  • Rita Rudaini sebagai Datin Zura
  • Amyza Aznan sebagai Datin Ros
  • Norlia Ghani sebagai Mak Som

Ianya mengisahkan tentang Nona yang ke Kuala Lumpur untuk menjaga sepupunya, Datin Ros yang sedang sakit tenat. Datin Ros berhajat untuk suaminya Datuk Kamal mengahwini Nona sekiranya dia tidak ada lagi. Tidak lama selepas itu, Datin Ros meninggal dunia.

Walaupun berat hati untuk berkahwin lagi sebab terlalu sayangkan arwah isteri, Datuk Kamal akhirnya menunaikan juga amanat arwah isteri untuk berkahwin dengan Nona. Sejak itu, Nona belajar mengubah penampilannya menjadi seorang ‘Datin’.

Namun, hubungan Nona dan Datuk Kamal telah dicemburui oleh Datin Zura yang mempunyai perasaan terhadap Datuk Kamal dan merencanakan pelbagai masalah untuk mengganggu rumah tangga mereka.

Telefilem Datin Glam Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Datin Glam Di TV9"