Telefilem Ketika Daun Berzikir Di TV3

Telefilem Ketika Daun Berzikir di TV3

Saksikan telefilem Ketika Daun Berzikir yang akan menemui penonton semula pada 1 Julai 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerkarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Saksikan Telefilem Ketika Daun Berzikir Secara Online (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Murali Abdullah dengan nukilan skrip daripada Didi Wahida Rosdi.

Sinopsis Telefilem Ketika Daun Berzikir

Telefilem Ketika Daun Berzikir menampilkan barisan pelakon seperti Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel, Acong Sweetchild, Zarina Zainuddin, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

  • Razak Ahmad sebagai Muzir
  • Zamarul Hisham sebagai Farid
  • Nazeera Saidi sebagai Tasha
  • Naim Daniel sebagai Ali
  • Nafiz Muaz sebagai Asyraf

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Pak Muzir selepas kematian isterinya. Dia ketika itu juga kecewa dengan kedua-dua anaknya, Farid dan Asyraf yang langsung tidak mempunyai perasaan ketika ibunya meninggal dunia.

Sejak dari itu, Muzir nekad berhijrah ke bandar untuk berdakwah dan mendidik kepada anak-anaknya sendiri setelah mereka leka dengan duniawi mengejar harta dan pangkat. Dalam pada itu juga, Muzir juga membeli beberapa barangan ibadah kerana keperluan ibadah di rumah Farid dan Asyraf serba tidak lengkap.

Dengan kehadiran Muzir di rumahnya sebenarnya tidak disenangi oleh menantunya Tasha yang selalu menyindir Muzir. Kemudian Muzir berkenalan dengan Ali iaitu seorang bekas banduan.

Adakah akhirnya Muzir berjaya membentuk anak-anaknya kembali? Dan siapakah sebenarnya Ali yang tiba-tiba muncul dalam kehidupana mereka?

Telefilem Ketika Daun Berzikir di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Telefilem Ketika Daun Berzikir Di TV3"