Telefilem Mencari Nur Hidayah Di TV3

Telefilem Mencari Nur Hidayah Di TV3

Saksikan telefilem Mencari Nur Hidayah yang akan menemui penonton semula pada 22 Julai 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Suara Kita Production Sdn. Bhd., diarhakan oleh Nazir Jamaluddin dengan nukilan skrip daripada Hasnor Hassan.

Sinopsis Telefilem Mencari Nur Hidayah

Telefilem Mencari Nur Hidayah menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Mustaqim Bahadon, Pablo Amirul, Toy Nizam, Dai Hakim, Shawn Nahar, Rosnah Johari dan ramai lagi.

  • Beto Kusyairy sebagai Jai
  • Mustaqim Bahadon sebagai Payat
  • Dai Hakim sebagai Ustaz Husnul

Ianya mengisahkan tentang Jai yang berjaya melarikan wang RM100 ribu milik ketua kumpulan kongsi gelapnya yang bernama Payat. Dia merancang untuk meninggalkan Malaysia dan dia sedar dirinya dalam bahaya.

Payat dapat menghidu rancangan Jai, dia mengarah ahli kumpulannya untuk menjejaki Jai. Jai baru saja membeli tiket penerbangan, dia terserempak dengan orang-orang Payat.

Dia dikejar, sehinggalah Jai menyorok di sebuah kedai pakaian barangan sunnah dan pada masa itu kelihatan sekumpulan pelajar tahfiz sedang membeli belah di kedai tersebut. 

Demi menyelamatkan diri, Jai memakai jubah dan ikuti kumpulan pelajar tahfiz yang dibawa oleh Ustaz Husnul tersebut sehingga pulang ke pondo. Sejak itu, kehidupannya berubah serta merta.

Apakah perubahan tersebut? Adakah Jai dapat lari daripada Payat akhirnya? Nantikan...

Telefilem Mencari Nur Hidayah Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Mencari Nur Hidayah Di TV3"