Telefilem Misteri Maria Di TV9

Telefilem Misteri Maria Di TV9

Saksikan telefilem Misteri Maria yang akan menemui penonton semula pada 3 Julai 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 di ntv7 ini merupakan terbitan syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rusdi Ramli dengan nukilan skrip daripada MF Kencana.

Sinopsis Telefilem Misteri Maria

Telefilem Misteri Maria menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Nadiyah Shahab, Mas Khan, Zila Bakarin, Malissa Yasmin dan ramai lagi.

  • Zizan Razak sebagai Ilham
  • Nadiyah Shahab sebagai Maria
  • Mas Khan sebagai Adam
  • Zila Bakarin sebagai Miss Nani
  • Malissa Yasmin sebagai Ibu Maria

Ianya mengisahkan tentang Ilham yang baru menghabiskan pelajarannya di luar Negara begitu teruja untuk mengambil alih resort milik ibunya.

Setibanya di lapangan terbang Ilham disambut oleh sahabatnya Adam. Dalam perjalanan, Ilaham bertanyakan tentang Maria, kekasih lamanya dan Adam memberitahu yang Maria telah meninggal dunia.

Ilham yang percaya menjadi takut apabila dia kerap terserempak dengan perempuan cantik mirip Maria yang disangkakan hantu. Sebenarnya Adam telah berpakat dengan Maria untuk mengenakan Ilham kerana sebelum ni Ilham telah meluka kan hati Maria.

Telefilem Misteri Maria Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Misteri Maria Di TV9"