Telefilem Suamiku Jururawat Di TV9

Telefilem Suamiku Jururawat Di TV9

Saksikan telefilem Suamiku Jururawat yang akan menemui penonton semula pada 28 Julai 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2013 ini merupakan terbitan MIG Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eoon Shuhaini dengan nukilan skrip daripada panel MIG sendiri.

Sinopsis Telefilem Suamiku Jururawat

Telefilem Suamiku Jururawat menampilkan barisan pelakon seperti Tomok, Yana Samsudin, Mustapha Kamal, Angeline Tan, Azlee Khairi dan ramai lagi

  • Tomok sebagai Mikhail
  • Yana Samsudin sebagai Dr. Suriati
  • Angeline Tan sebagai Datin Ila
  • Mustapha Kamal sebagai Dato' Shahrizal
  • Azlee Khairi sebagai Dr. Fakri

Ianya mengisahkan tentang Mikhail iaitu anak tunggal Haji Abdul. Bapanya seorang tukang kebun di kediaman Dato' Shahrizal dan Datin Ila.

Mikhail bercita-cita menjadi seorang doktor. Oleh kerana keputusan SPM Mikhail tidak memuaskan, dia hanya mampu belajar dalam bidang kejururawatan saja.

Setelah menjadi pelajar jururawat, bapa Mikhail meninggal dunia sewaktu menyelamatkan Dato' Shahrizal. Kerana terhutang budi, Dato' Shahrizal nekad mengambil Mikhail sebagai anak angkat dan tinggal sebumbung bersamanya. 

Dato' Shahrizal sangat menyayangi Mikhail sehingga Datin Ila mencemburuinya. Mikhail kemudian dijodohkan dengan gadis pilihan ayahnya iaitu Suri seorang doktor.

Walaupun tak rela, mereka berkahwin juga. Tanpa diduga, Suri dan Mikhail bekerja di hospital yang sama. Suri malu dan merahsiakan perkahwinannya kerana suaminya hanya seorang jururawat.

Suri tidak mahu dikenali sebagai isteri Mikhail di hospital. Pada masa yang sama, Mikhail cemburu melihat Suri rapat dengan Dr. Fitri di sana. Disebabkan itu, Mikhail merancang beberapa muslihat untuk mengenakan doktor tersebut.

Adakah pada akhirnya hubungan suami isteri tersebut meranggang? Atau mereka akan menjadi semakin rapat selepas itu?

Untuk info, telefilem ini kemudian dibawa ke drama siri berjudul 'Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor. Anda boleh tonton di youtube drama sangat TV3.

Telefilem Suamiku Jururawat Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Suamiku Jururawat Di TV9"