Telefilem Tika Suria Mendongak Di TV2

Telefilem Tika Suria Mendongak Di TV2

Saksikan telefilem Tika Suria Mendongak yang akan menemui penonton semula pada 18 Julai 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 sempena Maal Hijrah ini merupakan terbitan syarikat produksi 3Line Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nizam Zakaria dengan nukilan skrip daripada Azlina Pa'wan.

Sinopsis Telefilem Tika Suria Mendongak

Telefilem Tika Suria Mendongak menampilkan barisan pelakon seperti Tunku Hanis, Ungku Ismail Aziz, Afiq Muiz, Aishah Azman, Iswan Ismail, Nensinari Zainal Ismail dan ramai lagi.

  • Tunku Hanis sebagai Suria
  • Ungku Ismail Aziz sebagai Ustaz Taufik
  • Afiq Muiz sebagai Andre
  • Iswan Ismail sebagai Doktor Is
  • Nenisnari Zainal Ismail sebagai Kak Timah

Ianya mengisahkan tentang Suria yang tidak pernah jatuh cinta sebelum ini, namun kehadiran Andre merubah segalanya. Wajah Suria berubah kemerahan setiap kali bertemu lelaki yang disukainya. 

Ustaz Taufik pula merupakan ustaz baharu yang ditugaskan memberi kuliah agama di syarikat tempat Suria bekerja itu. Menariknya, wajah Ustaz Taufik juga berubah kemerahan apabila bertemu dengan orang yang disukainya.

Telefilem Tika Suria Mendongak Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Tika Suria Mendongak Di TV2"