Koleksi Pantun Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H/2023

Koleksi Pantun Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H/2023

Selalu kita lihat apabila tibanya Tahun Baru Islam atau Maal Hijrah, akan ada ucapan yang dikongsikan dalam bentuk ungkapan. Tetapi kali ini, apa kata kita jadikan lain dan unik sikit dengan mengenakan ucapan dalam bentuk pantun.

Ungkapa pantun ini juga antara perkara yang anda boleh lakukan bagi memeriahkan lagi suasana tahun baru. Biasa kita sambut New Year meriah je kan. Ini tahun baru kita, tahun baru islam yang kita juga boleh meriahkan.

Tetapi jangan lupa juga untuk ungkapkan syukur bila tibanya awal Muharram nanti. Amalkan doa akhir tahun pada akhir Zulhijah beserta doa awal tahun pada awal Muharram.

Kita berharap dan terus berdoa supaya Tahun Baru Hijriah ini akan memberikan kesempatan baru bagi menghadapi masa-masa yang akan datang yang pastinya redha Allah itulah yang ingin kita kecapi.

Tahun Baru Islam 1445 Hijrah/2023 Di Malaysia

Tahun Baru Hijrah akan berakhir dengan Zulhijjah dan bermula dengan bulan Muharram. Selain daripada itu, awal tahun ini juga digelar dengan Awal Muharram berikutan kedatangan dan kembalinya bulan Muharram tersebut.

Jadi untuk tahun 2023 di Malaysia, Tahun Baru Islam 1445 Hijrah bersamaan dengan 1 Muharram adalah jatuh pada 18 Julai 2023 iaitu pada hari Rabu.

Tetapi untuk bulan Islam, permulaan hari baru adalah selepas Maghrib. Jadi awal Muharram sudah bermula pada waktu Maghrib pada 18 Julai 2023, hari Selasa.

Sempena kedatangan Maal Hijrah pada tahun ini, Malaysia telah membawa tema 'Perpaduan Teras Malaysia Madani' dan akan diadakan beberapa sambutan ringkas sempena tahun yang penting untuk umat Islam ini.

Senarai Pantun Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H/2023

Jadi disini dikongsikan antara contoh dan koleksi senarai ucapan dalam bentuk pantun yang menarik sempena kedatangan Tahun Baru Islam 1445 Hijrah.

Anda boleh gunakan dan share di akaun media sosial anda seperti Whatsapp untuk keluarga dan rakan-rakan, di facebook, twitter, instagram dan tiktok.

Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 1

Sekuntum mawar berwarna merah,
Lambang cinta suci murni,
Selamat menyambut maal hijrah,
Perpaduan Teras, Malaysia Madani.

Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 2

Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.

Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 3

Bawa cik bibah pergi ke taman,
Bawa bersama anak dan cucu,
Mari kita berubah ke arah kebaikan,
Moga istiqamah di tahun baru.

Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 4

Embun didaun menitis ke titi,
Kala sang suria menyinari tanjung,
Tahun ke tahun bersilih ganti,
Tanda usia semakin penghujung.

Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 5

Langit tidak selalu cerah,
Awan mendung nampak seri,
Terimalah pantun maal hijrah,
Nukilan dari ku ini.

Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 6

Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.

Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 7

Akhir tahun selepas Asar,
Doa dibaca apa yang tahu,
Adab santun jangan kasar,
Damai keluarga hati bersatu

Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 8

Tekun mencabut kayu gaharu,
Elak geruh daripada benih,
Selamat menyambut tahun baharu,
Buang yang keruh ambil yang jernih.

Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 9

Angin meredah bertemu awan,
Pangkal jeram berkabut pagi,
Salam Maal Hijrah untukmu kawan,
Semoga istiqamah membaiki diri.

Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 10

Dari Mekah ke Kota Madinah,
Umat Islam melakar penghijrahan,
Hijrah lambang perpaduan ummah,
Bersatu hati membentuk perpaduan

Pantun Awal Muharram 1445H 11

Mencecah awan terbang si helang,
Memburu membaham tiada berteman,
Awal Muharram bakal menjelang,
Perbarui azam perkukuh iman.

Pantun Awal Muharram 1445H 12

Pergi kekuala kawan berlima,
Mudik dengan menaiki sampan,
Awal Muharram sudah menjelma
Membawa seribu cita dan harapan .

Pantun Awal Muharram 1445H 13

Bulan Muharam kini tiba,
Bersihkan hati tenangkan jiwa,
Baginda berhijrah kembangkan agama,
Bersyukurlah kita menjadi umatnya.

Pantun Awal Muharram 1445H 14

Bulan Muharram tahun baru,
Hijrah diri bina harapan,
Tekad mendalam azam baru,
Baiki diri terus ke depan.

Pantun Awal Muharram 1445H 15

1 Muharram detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Demi memartabatkan kemuliaan,
Agar tidak kehilangan arah

Pantun Awal Muharram 1445H 16

Memburu rusa di dalam rimba,
Rehat sebentar di Poko Sena,
Awal Muharram telah tiba,
Moga hijrah lebih bermakna.

Pantun Awal Muharram 1445H 17

Angin meredah bertemu awan,
Pangkal jeram berkabut pagi,
Maal Hijrah titik permulaan,
Mari kenang kembali penghijrahan Nabi.

Pantun Awal Muharram 1445H 18

Jauhkan diri dari Riba,
Doakan rezeki semakin mencurah,
Awal Muharram kini tiba,
Tahun baru kalendar Hijrah.

Salam Maal Hijrah 1445H diucapkan kepada semua pembaca aimanabdullah.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Koleksi Pantun Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H/2023"