Telefilem Cinta Paling Indah Di TV2

Telefilem Cinta Paling Indah Di TV2

Saksikan telefilem Cinta Paling Indah yang akan menemui penonton semula pada 8 Ogos 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan CMA Media Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Shirin Hj. Khuzaimi.

Sinopsis Telefilem Cinta Paling Indah

Telefilem Cinta Paling Indah menampilkan barisan pelakon seperti Aliff Aziz, Nadia Brian, Aprena Manrose, Mustaqim Bahadon, Beego, Didi Astillah dan ramai lagi.

  • Aliff Aziz sebagai Raes
  • Nadia Brian sebagai Latifah
  • Aprena Manrose sebagai Damiah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Solih

Ianya mengisahkan tentang pengorbanan dan cabaran dalam percintaan serta penghijrahan hidup watak utama bernama Raes. Raes digambarkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan kehidupan sebenar apabila Yazid disahkan meninggal dunia selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

Raes mengambil keputusan untuk mencari hidayah dengan belajar di sekolah pondok dan mengecewakan kekasihnya, Latifah. Raes meyakinkan Latifah sekiranya ada jodoh, pasti mereka bertemu lagi. 

Damiah diselamatkan Raes ketika beliau lemas semasa mandi di sebuah air terjun. Damiah mencari Raes di sekolah pondok untuk mengucapkan terima kasih namun tidak dilayan Raes dan Solih menegur Raes atas kesombongannya. 

Raes terkesan dengan teguran Solih dan mula berkawan dengan Damiah. Damiah pula dihantui kisah silam dengan sikap abang tirinya, Sufian yang sering cuba mencabulnya sehingga akhirnya Damiah kecundang dinodai Sufian. 

Raes cuba untuk menutup aib Damiah dengan mengahwininya. Latifah kecewa apabila disahkan mengidap kanser tulang. Beliau menuntut janji Raes untuk berkahwin dengannya. Damiah berkorban dengan mendesak Raes untuk mengahwini Latifah. 

Kemudiannya Latifah sah menjadi isteri Raes dan selepas beberapa ketika, beliau menjadi ibu kepada anak Damiah yang dilahirkan selepas Damiah meninggal dunia. Damiah meninggalkan nota buat Raes menyatakan kesyukurannya dapat merasai ‘Cinta Paling Indah’.

Telefilem Cinta Paling Indah Di TV2

Telefilem Cinta Paling Indah Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Cinta Paling Indah Di TV2"