Filem MALBATT Misi Bakara 2023 - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 24 Ogos Ini

Filem MALBATT Misi Bakara 2023

Saksikan filem aksi ketenteraan MALBATT Misi Bakara yang akan menemui penonton secara rasmi, dimana akan ditayangakn serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 Ogos 2023 (Khamis) dan hingga seterusnya.

Buat kali pertama, filem tempatan yang ditayangkan dalam format IMAX dan anda boleh tonton di pawagam terpilih seawal 18 Ogos ini. Jadi anda boleh jadi yang terawal untuk menyaksikan di pawagam dengan kualiti terbaik.

Filem ini dikatakan menjadi antara filem paling mahal pernah dihasilkan di Malaysia iaitu dengan bajet RM20 juta. Seperti yang diumumkan oleh pengarahnya sendiri, Adrian Teh, 70 peratus daripada kos pembikinan naskah ini pergi kepada bahagian lapangan seperti membina kelengkapan ketenteraan.

Filem MALBATT Misi Bakara 2023

MALBATT: Misi Bakara merupakan terbitan Berjaya Pictures ini merupakan filem patriotik berdasarkan kisah benar tentang peristiwa 1993 dan menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT).

Misi mereka adalah menyelamatkan askar-askar Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu iaitu ibu negara Somalia dalam kejadian Black Hawk Down. Filem ini dikatakan 90 peratus adalah benar.

Jika sebelum ini, anda pernah disajikan dengna filem 'Black Hawk Down' tahun 2001 arahan Ridley Scoot, tetapi tidak menonjolkan keberanian serta pengorbanan tentera Malaysia. Kali ini, didatangkan kisah sebenar tentang kejadian tersebut.

Filem MALBATT Misi Bakara 2023

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem MALBATT Misi Bakara ini seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi dan Tony Eusoff.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pelakon lain seperti Syazwan Zulkifly, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Safwan Nazri, Ikhram Juhari dan Theebaan G. dan ramai lagi.

  • Bront Palarae sebagai Mejar Adnan
  • Shaheizy Sam sebagai LKPL Ramlee
  • Hairul Azreen sebagai LT Ismail
  • Zahiril Adzim sebagai LT Dahari
  • Iedil Dzuhrie sebagai LT Mustafa
  • Adlin Aman Ramlie sebagai KOL Rahman
  • Fauzi Nawawi sebagai Mejar Osman
  • Tony Eusoff sebagai Mejar Abd Samad
  • Syazwan Zulkifly sebagai LT Johan
  • Dafi Ismail Sabri sebagai LKPL Zulkifli
  • Taufiq Hanafi sebagai LKPL Fuad
  • Nafiez Zaidi sebagai LKPL Nik Zainal
  • Dini Schatzmann sebagai SGT Hamid
  • Gambit Saifullah sebagai SGT Mukhriz
  • Safwan Nazri sebagai PTE Isa
  • Ikhram Juhari sebagai LKPL Wahid
  • Theebaan G sebagai LKPL Shah

Sinopsis Filem MALBATT Misi Bakara

Filem MALBATT Misi Bakara mengisahkan tentang perjuangan Batalion Malaysia (Malbatt) ketika terlibat dalam operasi membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam perang saudara yang berlaku di Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia setelah diserang pengganas.

Dalam peristiwa tersebut, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berani menawarkan diri dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika Syarikat di Somalia apabila helikopter Black Hawk milik mereka ditembak jatuh. Ketika itu, tentera Amerika Syarikat telah dikepung oleh ribuan pengikut Farrah Aidid.

Jadi sempena bulan Kemerdekaan tahun ini, bagi menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara, jom kita ramai-ramai saksikan filem MALBATT Misi Bakara di pawagam berhampiran anda bermula 24 Ogos 2023.

Filem MALBATT Misi Bakara 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post