Filem Rahsia 2023 - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 10 Ogos Ini

Filem Rahsia 2023

Saksikan filem Rahsia yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 10 Ogos 2023 (Khamis) hingga seterusnya.

Filem ini merupakan versi remake, reboot atau tampil semula daripada filem yang pernah memenangi Filem Terbaik di Festival Malaysia ke-7 (FFM7) pada tahun 1987 iaitu tajuk yang sama 'Rahsia'.

Bukan itu sahaja, dalam angerah tersebut, filem Rahsia 1987 ini juga telah membolot tujuh lagi anugerah termasuklah anugerah Pengarah Terbaik FFM7 daripada Othman Hafsham.

Lebih menarik, filem Rahsia 2023 ini diarahkan pula oleh anaknya iaitu Shamyl Othman yang mana pernah menghasilkan filem Kami Histeria dan drama siri Kau vs Aku.

Manakala skrip untuk filem ini dihasilkan oleh penulis yang sama menghasilkan drama fenomena One Cent Thief iaitu Alfie Palermo bersama-sama Natasha Azlan dan Luqman Sheikh Ghazali.

Filem seram Rahsia ini merupakan terbitan syarikat produksi Kuman Pictures dan dipersembahkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd. dan Five Star Trading Sdn. Bhd.

Filem Rahsia 2023

OST Filem

Tajuk Lagu : Aluna Lara
Artis : Njwa
Komposer : Njwa
Lirik : Njwa

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Rahsia seperti Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Nu'man Salleh, Mislina Mustaffa, Nabila Zakarian, Aloy Paradoks dan ramai lagi.

  • Nabila Huda sebagai Ramlah
  • Fikry Ibrahim sebagai Hamdan
  • Eman Manan sebagai Tan Sri Karim
  • Qistina Raisah sebagai Marina
  • Syed Ali Murtadha sebagai Saiful
  • Marsha Milan sebagai Melor
  • Rashidi Ishak sebagai Young Tan Sri Karim

Sinopsis Filem Rahsia 2023

Filem Rahsia mengisahkan tentang Ramlah iaitu seorang suri rumah tangga, pulang bercuti ke rumah ayahnya Tan Sri Karim sempena ulangtahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya Hamdan, seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, Marina dan Saiful.

Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Yang anehnya, Ramlah seorang sahaja yang melihat Saiful diculik oleh kelibat seorang wanita yang hodoh lagi menggerunkan.

Pihak polis yakin bahawa Saiful mungkin hilang di persisiran pantai namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi mencari dan menyelamat, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan itu.

Namun suaminya, Hamdan langsung tidak mempercayai kata-kata Ramlah, dan menganggap segalanya cuma halusinasi akibat tertekan dengan kehilangan Saiful serta keadaan ayah Ramlah yang sakit tenat. Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.

Filem Rahsia 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Rahsia 2023 - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 10 Ogos Ini"