Telefilem Jodoh Wassap Di TV9

Telefilem Jodoh Wassap Di TV9

Saksikan telefilem Jodoh Wassap yang akan menemui penonton semula pada 25 Ogos 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 di tv3 ini merupakan terbitan syarikat produksi Ansar Creative Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Khalid Nadzri dengan nukilan skrip daripada Ziera Aziz.

Sinopsis Telefilem Jodoh Wassap

Telefielm Jodoh Wassap menampilkan barisan pelakon seperti Kazar Saisi, Ardell Aryana, Elly Mazlein, Didie Alias, Nadzmi Adhwa, Badrul Muhayat, Farra Queen dan ramai lagi.

  • Kazar Saisi sebagai Pak Ali
  • Elly Mazlein sebagai Martina
  • Ardell Aryana sebagai Angah
  • Nadzmi Adhwa sebagai Along
  • Didie Alias sebagai Mak Echah

Ianya mengisahkan tentang Pak Ali yang mula berjinak-jinak dengan aplikasi Whatsapp selepas anaknya menghadiahkan telefon pintar bagi mengisi masa lapang sejak kematian isterinya, Bonda Mar.

Namun sejak selepas memiliki smartphone tersebut, Pak Ali banyak sertai group whatsapp rakan-rakan sekolah lama. Melalui group whatsapp Pak Ali telah berkenalan dengan Martina, gadis kacukan. Pak Ali mula mengambil berat tentang Martina.

Telefilem Jodoh Wassap Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Jodoh Wassap Di TV9"