Telefilem Ini Harta Bedu Punya Di TV3

Telefilem Ini Harta Bedu Punya Di TV3

Saksikan telefilem Ini Harta Bedu Punya yang akan menemui penonton semula pada 19 Ogos 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem komedi asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Creative Skill Solution, diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dengan nukilan skrip daripada Wan Saiful Shahrizan.

Sinopsis Telefilem Ini Harta Bedu Punya

Telefilem Ini Harta Bedu Punya menampilkan barisan pelakon seperti Iskandar Syahidan, Ashraf Muslim, Aprena Manrose, Emelda Rosmila, Fahrin Ahmad, Dhia Ly, Serisya Hanim, Jesse Lim dan ramai lagi.

  • Iskandar Syahidan sebagai Bedu
  • Ashraf Muslim sebagai Sadiq
  • Aprena Manrose sebagai Minah Geragau
  • Emelda Rosmila sebagai Thalia
  • Fahrin Ahmad sebagai Azrif

Ianya mengisahkan tentang seorang anak yatim bernama Bedu mempertahankan tanah pusaka ayahnya daripada dirampas oleh ayah saudaranya, Pak Longnya sendiri iaitu Sadiq.

Pak Long beserta isterinya, Minah Geragau berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan ibu Bedu iaitu Thalia supaya menandatangani perjanjian pindah milik tanah pusaka kepadanya untuk dijual kepada Tauke Tan.

Pak Long sudahpun mendapat bayaran deposit bernilai RM10 ribu bagi pembelian tanah pusaka namun tanah tersebut belum dipindah milik ke atas namanya. Beberapa hari keesokannya, isteri Pak Long diculik oleh orang bawahan Tauke Tan kerana masih belum mendapat tanah tersebut.

Telefilem Ini Harta Bedu Punya Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Ini Harta Bedu Punya Di TV3"