Jadual Dan Keputusan Kejohanan BWF Australia Open 2023

Jadual Dan Keputusan Kejohanan BWF Australia Open 2023

Selesai di Jepun, kini berpindah ke Australia pula untuk sertai kejohanan seterusnya iaitu di Australia Open 2023 bermula dari 1 hingga 6 Ogos 2023 bertempat di State Sports Centre di Sydney Australia.

SATHIO Group Australia Open 2023 merupakan kejohanan kedua puluh berdasarkan kalendar BWF World Tour 2023 dan ianya merupakan acara berstatus Super 500.

Kejohanan ini bakal menawarkan mata rangking BWF bagi setiap penyertaan mengikut pusingan yang berjaya dicapai. Hadiah wang tunai juga ditawarkan sehingga USD 420,000 atau sekitar RM1.9 juta.

Info Kejohanan Australia Open 2023

Kejohanan : SATHIO Group Australia Open 2023
Status : Super 500
Tarikh : 1 - 6 Ogos 2023
Tempat : State Sports Centre, Sydney
Hadiah : USD 240,000 (~RM1.9 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Australia Open 2023

Pemain-pemain utama negara disenaraikan juga untuk menyertai kejohanan Australia Open 2023 baik pemain dibawah naungan BAM dan pemain profesional.

Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan dan kita mempunyai wakil bagi setiap kategori seperti yang disenaraikan dibawah:

[Perseorangan Lelaki] - Ng Tze Yong, Lee Zii Jia, Leong Jun Hao

[Perseorangan Wanita] - Goh Jin Wei

[Beregu Lelaki] - Man Wei Chong/Kai Wun Tee, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Nur Azriyn Ayub/Tan Wee Kiong, Aaron Chia/Soh Wooi Yik

[Beregu Wanita] - Pearly Tan/Thinaah Muraliharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien

[Beregu Campuran] - Cheng Tang Jie/Toh Ee Wei, Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing, Chan Peng Soon/Cheah Yee See, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing

Siaran Langsung Perlawanan Badminton BWF Australia Open 2023

Seperti pada kejohanan-kejohanan sebelumnya, Australia Open 2023 juga akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 814 dan secara online di Astro Go.

Walaupunbegitu, untuk kejohanan Super 500, tayangan secara live di Astro hanya akan bermula pada pusingan 16 terbaik iaitu hari ketiga pada 3 Ogos ini hingga ke peringkat final.

Tetapi untuk pusingan awal ini, anda boleh saksikan perlawanan tersebut secara live streaming iaitu menerusi laman youtube rasmi BWF di BWF TV.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Badminton Australia Open 2023

Jadi jangan lupa untuk saksikan kejohanan badminton BWF Australia Open 2023 bermula 1 Ogos hingga 6 Ogos ini yang berlangsung di Sydney, Australia.

Berikut merupakan senarai jadual penuh yang dipaparkan bagi setiap perlawanan yang hanya melibatkan pemain-pemain dan wakil Malaysia.

Manakala untuk keputusan, hanya akan diumum dan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan. Jadi jangan lupa untuk bookmark blog ini.

1 Ogos 2023 (Selasa) - Kelayakan [Q] & Pusingan 32

- [Kelayakan, Q]

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia

[MS] Pit Seng Low (AUS) vs (MAS) Leong Jun Hao - [15-21, 15-21]

- [Pusingan 32]

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 2.00 petang waktu Malaysia

[MD] Ong Yew Sin [4]/Teo Ee Yi (MAS) vs (CAN) Dong Adam/Nyl Yakura - [20-22, 21-6, 21-14]

[WD] Jin Yu Jia/Wong Jia Ying Crystal (SGP) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [11-21, 21-18, 21-19]

[MD] Chiang Chien Wei/Wu Hsuan Yi (TPE) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee - [21-18, 21-17]

[WD] Zhang Shu Xian [3]/Zheng Yu (CHN) vs (MAS) Pearly Tan/Thinaah M. - [22-20, 17-21, 21-17]

[MD] Ming Che Lu/Tang Kai Wei (TPE) vs (MAS) Goh Sze Fei/Nur Izzuddin - [15-21, 14-21]

[MD] Allen Fang/Michael Su (AUS) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [5-21, 6-21]

----------------------------------------------

2 Ogos 2023 (Rabu) - Pusingan 32

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 7.00 pagi waktu Malaysia

[MD] Lee Yang/Wang Chi Lin (TPE) vs (MAS) Mohd Azriyn Ayub/Tan Wee Kiong - [21-16, 16-21, 21-17]

[WS] Aakarshi Kashyap (IND) vs (MAS) Goh Jin Wei - [21-15, 21-17]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (JPN) Kanta Tsuneyama - [21-18, 21-8]

[XD] Adnan Maulana/Nita Violina Marwah (INA) vs (MAS) Chan Peng Soon/Cheah Yee See - [21-16, 21-10]

[XD] Chen Tang Jie [8]/Toh Ee Wei (MAS) vs (KOR) Lee Jae Sun/Charis Ho - [21-10, 21-4]

[XD] Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (CHN) Feng Yan Zhe [2]/Huang Dong Ping - [10-21, 21-14, 16-21]

[XD] Goh Soon Huat [5]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (TPE) Ming Che Lu/Hung En Tzu - [21-12, 11-21, 21-13]

[XD] Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing (MAS) vs (SGP) Hee Yong Kai Terry/Tan Wei Han Jessica - [21-15, 21-17]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (MAS) Leong Jun Hao - [12-21, 21-17, 21-16]

----------------------------------------------

3 Ogos 2023 (Khamis) - Pusingan 16

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[XD] Chen Tang Jie [8]/Toh Ee Wei (MAS) vs (INA) Rinov Rivaldy/Pitha H Mentari - [16-21, 21-17, 19-21]

[MD] Ong Yew Sin [4]/Teo Ee Yi (MAS) vs (TPE) Lee Yang/Wang Chi Lin - [21-18, 17-21, 19-21]

[XD] Goh Soon Huat [5]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (JPN) Hiroki Midorikawa/Natsu Saito - [17-21, 21-18, 17-21]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (INA) Jonathan Christie [7] - [22-20, 21-15]

[XD] Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing (MAS) vs (KOR) Seo Seung Jae [3]/Chae Yu Jung - [20-22, 21-11, 12-21]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (IND) Mithun Manjunath - [21-13, 12-21, 21-19]

[MD] Kang Min Hyuk [8]/Seo Seung Jae (KOR) vs (MAS) Goh Sze Fei/Nur Izzuddin - [21-16, 23-21]

[MD] Chiu Hsiang Chieh/Yang Ming Tse (TPE) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [19-21, 14-21]

----------------------------------------------

4 Ogos 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[MD] Lu Ching Yao/Yang Po Han (TPE) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Woo Yik - [21-15, 21-17]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (MAS) Lee Zii Jia - [21-17, 24-26, 19-21]

----------------------------------------------

5 Ogos 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (CHN) Weng Hong Yang - [19-21, 21-13, 13-21]

----------------------------------------------

6 Ogos 2023 (Ahad) - Final

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 11.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[WS] Kim Ga Eun [7] (KOR) vs (USA) Beiwen Zhang - [22-20, 16-21, 8-21]

[XD] Hiroki Midorikawa/Natsu Saito (JPN) vs (CHN) Feng Yan Zhe [2]/Huang Dong Ping - [14-21, 21-16, 15-21]

[WD] Liu Sheng Shu/Tan Ning (CHN) vs (KOR) Kim So Yeong [2]/Kong Hee Yong - [18-21, 16-21]

[MS] Prannoy H. S (IND) vs (CHN) Weng Hong Yang - [9-21, 23-23,

[MD] Kang Min Hyuk [8]/Seo Seung Jae (KOR) vs (JPN) Takuro Hoki [3]/Yugo Kobayashi

----------------------------------------------

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain di Australia Open 2023, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwf.tournamentsoftware.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Dan Keputusan Kejohanan BWF Australia Open 2023"