Jadual Dan Keputusan Kejohanan Badminton Dunia BWF 2023

Jadual Dan Keputusan Kejohanan Badminton Dunia BWF 2023

Kini sudah sampai ke puncak tertinggi bagi sukan badminton iaitu menerusi Kejohanan Badminton Dunia BWF 2023 yang bakal berlangsung dari 21 hingga 27 Ogos 2023 di Royal Arena, Copenhagen, Denmark selaku tuan rumah pada edisi kali ini.

BWF World Championships merupakan acara tahunan bagi sukan badminton kecuali tidak akan diadakan pada tahun ketika Sukan Olimpik berlangsung. Jadi tahun 2024 nanti, tiada kejohanan ini. Untuk tahun 2023, ianya merupakan edisi ke-28.

Kejohanan ini sedikit berbeza dengan siri jelajah dunia BWF dimana tiada hadiah wang tunai ditawarkan. Pemenang hanya akan dinobatkan sebagai Juara Dunia bagi setiap kategori yang dipertandingkan sekali gus membawa pulang pingat emas.

Pada tahun ini, sebanyak 367 pemain daripada 54 negara yang layak dan akan mengambil bahagian dalam semua acara yang berlangsung dalam Kejuaraan Badminton Dunia BWF 2023 termasuk pemain-pemain daripada Malaysia.

Kita telah mencatatkan sejarah apabila regu lelaki negara, Aaaron Chia/Soh Woo Yik telah memenangi kejohanan dunia ini untuk edisi lalu.

Kejohanan : TotalEnegies BWF World Championships 2023
Tarikh : 21 - 27 Ogos 2023
Tempat : Royal Arena, Copenhagen, Denmark

Senarai Pemain Malaysia Dalam BWF World Championships 2023

Pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menyenaraikan pemain-pemain yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan dunia kali ini termasuk pemain dibawah naungan mereka dan pemain-pemain profesional.

Kali ini, setiap kategori yang dipertandingkan, kita mempunyai sekurang-kurangnya dua wakil iaitu dalam kategori perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki, wanita dan campuran.

[Perseorangan Lelaki] - Ng Tze Yong, Lee Zii Jia

[Perseorangan Wanita] - Goh Jin Wei, Kisona Selvaduray

[Beregu Lelaki] - Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik, Man Wei Chong/Kai Wun Tee, Ong Yew Sin [7]/Teo Ee Yi

[Beregu Wanita] - Pearly Tan [10]/Thinaah Muralitharan, Anna Ching Yik Cheong/Teoh Mei Xing, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien

[Beregu Campuran] - Goh Soon Huat [10]/Lai Shevon Jemie, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Chen Tang Jie [14]/Toh Ee Wei

Siaran Langsung Perlawanan Kejohanan Dunia BWF 2023

Untuk kejuaraan dunia, ianya akan berlangsung selama 7 hari iaitu bermula daripada pusingan 64 terbaik hingga ke pusingan akhir. Kesemua perlawanan badminton ini akan tetap terus diadakan di Royal Arena.

Untuk peminat badminton tanah air khususnya, anda boleh saksikan kejohanan ini yang akan dibawakan secara langsung menerusi dua saluran iaitu di Astro Supersport 814 dan 809 serta secara online di Astro Go.

Bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Selain itu, boleh juga strim di laman youtube rasmi BWF di BWF TV.

Berikut merupakan senarai jadual penuh mengikut waktu Malaysia dimana ianya hanya melibatkan pemain atau wakil Malaysia sahaja. Manakala keputusan pula, akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan.

21 Ogos 2023 (Isnin) - Piusingan 64

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 3.00 petang waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[WS] Vivien Sandorhazi (HUN) vs (MAS) Goh Jin Wei - [18-21, 15-21]

[WS] Kisona Selvaduray (MAS) vs (TPE) Pai Yu Po - [22-20, 18-21, 13-21]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (INA) Jonathan Christie [5] - [21-13, 21-15]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (CHN) Zhao Jun Peng - [21-19, 26-24]

-----------------------------------------------

22 Ogos 2023 (Selasa) - Pusingan 64 & 32

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 3.00 petang waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[XD] Hussein Shaheed/Fatimath Abdul Razzaq (MDV) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [4-21, 6-21]

[MD] Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) vs (FRA) Lucas Corvee/Ronan Labar - [21-17, 21-18]

[WD] Annie Xu/Kerry Xu (USA) vs (MAS) Anna Cheong/Teoh Mei Xing - [14-21, 18-21]

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (SWE) Moa Sjoo/Tilda Sjoo - [21-14, 21-12]

Pusingan 32

[WS] An Se Young [1] (KOR) vs (MAS) Goh Jin Wei - [21-12, 21-14]

[XD] Goh Soon Huat [10]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (BUL) Illiyan Stoynov/H Popovska - [21-11, 21-8]

-----------------------------------------------

23 Ogos 2023 (Rabu) - Pusingan 32

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 3.00 petang waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[XD] Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (THA) Supak Jomkoh [12]//S Paesampran - [15-21, 18-21]

[WD] Anna Cheong/Teoh Mei Xing (MAS) vs (THA) J Kititharakul [8]/R Prajongjai - [13-21, 11-21]

[XD] Lee Chun Hei Reginald/Ng Tsz Yau (HKG) vs (MAS) Chen Tang Jie [14]/Toh Ee Wei - [19-21, 9-21]

[WD] Pearly Tan [10]/M Thinaah (MAS) vs (SCO) J Macpherson/C Torrance - [21-15, 21-10]

[MD] P Kaosamaang/W Thongsa-Nga (THA) vs (MAS) Ong Yew Sin [7]/Teo Ee Yi - [16-21, 21-18, 12-21]

[MS] Brian Yang (CAN) vs (MAS) Lee Zii Jia - [11-21, 16-21]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (DEN) Anders Antonsen [12] - [22-24, 16-21]

[MD] Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (DEN) Jeppe Bay/Lasse Molhede - [18-21, 21-14, 21-16]

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (JPN) Yuki Fukushima [5]/Sayaka Hirota - [11-21, 14-21]

-----------------------------------------------

24 Ogos 2023 (Khamis) - Pusingan 16

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 6.00 petang waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[XD] Chen Tang Jie [14]/Toh Ee Wei (MAS) vs (FRA) Thom Gicquel [7]/Delphine Delrue - [20-22, 21-19, 21-12]

[WD] Mayu Matsumoto [4]/Wakana Nagahara (JPN) vs (MAS) Pearly Tan [10]/Thinaah M - [14-21, 20-22]

[XD] Jiang Zhen Bang [8]/Wei Ya Xin (CHN) vs (MAS) Goh Soon Huat [10]/Lai Shevon Jemie - [21-16, 21-18]

[MD] Kim Astrup [11]/Anders Rasmussen (DEN) vs (MAS) Ong Yew Sin [7]/Teo Ee Yi - [21-15, 21-10]

[MD] Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) v (CHN) Liang Wei Keng [3]/Wang Chang - [16-21, 21-14, 17-21]

[MD] Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (TPE) Lee Yang [14]/Wang Chi Lin - [21-16, 21-18]

[MD] Anders Antonsen [12] (DEN) vs (MAS) Lee Zii Jia - [21-18, 21-17]

-----------------------------------------------

25 Ogos 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 5.00 petang waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[WD] Pearly Tan [10]/Thinaah M (MAS) vs (CHN) Zhang Shu Xian [6]/Zheng Yu - [21-17, 17-21, 19-21]

[XD] Chen Tang Jie [14]/Toh Ee Wei (MAS) vs (JPN) Yuta Watanabe [2]/Arisa Higashino - [11-21, 11-21]

[MD] Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (CHN) Liu Yu Chen [6]/Ou Xuan Yi - [21-10, 15-21, 21-14]

-----------------------------------------------

26 Ogos 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 4.00 petang waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2)

[MD] Kang Min Hyuk [9]/Seo Seung Jae (KOR) vs Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik (MAS) - [23-21, 21-13]

-----------------------------------------------

27 Ogos 2023 (Ahad) - Final

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 6.00 petang waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (KOR) Seo Seung Jae [5]/Chae Yu Jung - [17-21, 21-10 18-21]

[WD] Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN) vs (INA) A Rahayu [11]/Siti Fadia Ramadahanti - [21-16, 21-12]

[WS] An Se Young [1] (KOR) vs (ESP) Carolina Marin [6] - [21-12, 21-10]

[MS] Kunlavut Vitidsarn [3] (THA) vs (JPN) Kodai Naraoka [4] - [19-21, 21-18, 21-7]

[MD] Kang Min Hyuk [9]/Seo Seung Jae (KOR) vs (DEN) Kim Astrup [11]/Anders Rasmussen - [14-21, 21-15, 21-17]

-----------------------------------------------

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain di Kejuaraan Badminton Dunia BWF 2023, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwf.tournamentsoftware.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Jadual Dan Keputusan Kejohanan Badminton Dunia BWF 2023"