Jadual Dan Keputusan Piala Hoki Juara-Juara Asia 2023 Chennai

Jadual Dan Keputusan Piala Hoki Juara-Juara Asia 2023 Chennai

Kita bakal dapat saksikan antara pasukan hoki terbaik Asia dalam kejohanan Piala Hoki Juara-Juara Asia 2023 atau juga dikenali Hero Asian Champions Trophy untuk edisi 2023.

Kejohanan ini akan berlangsung dari 3 hingga 12 Ogos 2023 dan untuk edisi ke-7 ini kesemua perlawanan akan berlangsung Chennai, India.

Ianya merupakan sebuah kejohanan yang menampilkan top 6 pasukan terbaik Asia berdasarkan kedudukan atau ranking tertinggi dunia.

Untuk kali ini, pasukan yang bertanding adalah India, Korea Selatan, Malaysia, Pakistan, Jepun dan China. Pasukan no. 4 dunia, India merupakan pasukan dengan kedudukan tertinggi dalam kejohanan ini, manakal China pasukan kedudukan terendah iaitu no. 25 dunia.

Korea kini di ranking ke-9, diikuti Malaysia di tangga ke-10 dunia, Pakistan dan Jepun masing-masing di kedudukan 17 dan 19 dunia.

Format Pertandingan Piala Hoki Juara-Juara Asia 2023

Kesemua enam pasukan akan bermain dalam satu kumpulan sahaja secara round-robin satu pusingan. Empat pasukan teratas akan ke pusingan separuh akhir.

Kemudian, pasukan yang menang akan bermain di final yang dijadualkan bakal berlangsung pada 12 Ogos depan.

Pada edisi lalu yang diadakan di Dhaka, Bangladesh telah menyaksikan Korea menjuarai The Asian Champions Trophy selepas menundukkan Jepun di penalti. Manakala India berjaya mengalahkan Pakista 4-3 dalam perlawanan pingat gangsa.

Piala Hoki Juara-Juara Asia 2023 ini juga bakal menjadi medan utama untuk persiapan Sukan Asia di Hangzhou, China yang bakal berlangsung pada September depan.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Asian Champions Trophy Chennai 2023

Ketua jurulatih Arul Selvaraj telah mengumumkan seramai 20 pemain yang akan menggalas cabaran dalam kejohanan kali ini. Senarai pemain adalah seperti dalam grafik dibawah

Pemain Malaysia Di Piala Hoki Juara-Juara Asia 2023 Chennai

Siaran Langsung Piala Hoki Juara-Juara Asia 2023

Untuk peminat sukan hoki tanah air, jangan risau. Ini kerana setiap perlawanan yang melibatkan The Speedy Tigers akan ditayangkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro.

Jadi anda boleh tonton dan saksikan semua perlawanan tersebut yang akan dibawakan menerusi saluran Astro Arena 2 804 dan Astro Supersport 811 serta secara online di Astro Go.

Selain itu, untuk yang tiada akses astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Harga langgan serendah RM34.90 sebulan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh tonton secara online di https://watch.hockey/. Ianya percuma dan anda hanya perlu daftar sahaja.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Kejohanan Piala Hoki Juara-Juara Asia 2023

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi terhebat daripada top 6 pasukan hoki Asia yang beraksi dalam Piala Hoki Juara-Juara Asia Chennai 2023 termasuk Malaysia.

Anda boleh dapatkan jadual penuh bagi setiap perlawanan seperti dibawah. Keputusan pula akan dikemaskini selepas tamat perlawanan

3 Ogos 2023 (Khamis)

FT : Korea (2) - (1) Jepun - 6.30 pm
FT : Malaysia (3) - (1) Pakistan - 8.45 pm | Astro Arena 2 804
FT : India (7) - (2) China - 11.00 pm

4 Ogos 2023 (Jumaat)

FT : Korea (1) - (1) Pakistan - 6.30 pm
FT : China (1) - (5) Malaysia - 8.45 pm | Astro Supersport 811 
FT : India (1) - (1) Jepun - 11.00 pm

6 Ogos 2023 (Ahad)

FT : China (1) - (1) Korea - 6.30 pm
FT : Pakistan (3) - (3) Jepun - 8.45 pm
FT : Malaysia (0) - (5) India - 11.00 pm | Astro Arena 2 804

7 Ogos 2023 (Isnin)

FT : Jepun (1) - (3) Malaysia - 6.30 pm | Astro Arena 2 804
FT : Pakistan (2) - (1) China - 8.45 pm
FT : Korea (2) - (3) India - 11.00 pm

*Malaysia berjaya mara ke separuh akhir meskipun masih berbaki 1 perlawanan

9 Ogos 2023 (Rabu)

FT : Jepun (2) - (1) China - 6.30 pm
FT : Malaysia (1) - (0) Korea - 8.45 pm | Astro Arena 2 804
FT : India (4) - (0) Pakistan - 11.00 pm

11 Ogos 2023 (Jumaat)

[Tempat ke-5/6]
FT : Pakistan (6) - (1) China - 6.00 pm

[Semi Final 1]
FT : Malaysia (6) - (2) Korea   - 8.30 pm | Astro Arena 2 804

[Semi Final 2]
FT : India (5) - (0) Jepun - 11.00 pm

12 Ogos 2023 (Sabtu)

[Tempat Ke-3]
FT : Korea (3) - (5) Jepun - 8.30 pm

[Final]
FT : Malaysia (3) - (4) India - 11.00 pm | Astro Arena 2 804

Keputusan Penuh Piala Hoki Juara-Juara Asia Chennai 2023

  • Juara - India
  • Naib Juara - Malaysia
  • Tempat Ke-3 - Jepun
  • Tempat Ke-4 - Korea Selatan
  • Tempat Ke-5 - Pakistan
  • Tempat Ke-6 - China

Kedudukan Dalam Kumpulan Untuk Piala Hoki Juara-Juara Asia 2023

Negara Game Menang Kalah Seri Mata
India 5 4 1 1 13
Malaysia 5 4 1 0 12
Korea 5 1 2 2 5
Jepun 5 1 2 2 5
Pakistan 5 1 2 2 5
China 5 0 4 1 1

*empat pasukan teratas layak ke separuh akhir

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Dan Keputusan Piala Hoki Juara-Juara Asia 2023 Chennai"