Lirik Lagu Tekad Perpaduan Penuhi Harapan - Lagu Tema Merdeka 2023

Lirik Lagu Tema Hari Merdeka 2023 - Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Merdeka, setiap tahun pastinya akan diperkenalkan lagu tema dan untuk 2023 bagi Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan ke-66 dan Hari Malaysia ke-60 lagu berjudul Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Lagu dan lirik daripada Affan Mazlan dengan gubahan daripada Datuk Mokhazani Ismail ini dinyanyikan oleh pasangan penyanyi popular negara iaitu Khai Bahar dan Ainal Abdul bersama suara latar daripada Gemersik Korus.

Kebiasaanya setiap tahun, lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dihasilkan mengikut tema yang diperkenalkan pada tahun tersebut. Jadi untuk tahun 2023, tema rasmi sama dengan tajuk lagu iaitu 'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'.

Ini juga bakal menjadi salah satu lagu patriotik yang sering didengari setiap tahun bagi menaikkan semangat kenegaraan yang cintakan negara Malaysia. Sesuai didendangkan dan diperdengarkan ketika Hari Merdeka.

Lagu ini juga kini sudah diperdengarkan di tv dan radio. Selain itu, orang ramai juga boleh streaming menerusi platform-platform online seperti Spotify, Youtube & Youtube Premium, Apple Music, Joox dan sebagainya.

Tajuk Lagu : Tekan Perpaduan Penuhi Harapan
Penyanyi : Khai Bahar dan Aina Abdul
Suara Latar : Gemersik Korus
Lagu & Lirik : Affan Mazlan
Gubahan : Datuk Mokhazani Ismail
Penerbitan Lagu : Bahagian Muzik RTM

Lirik Lagu Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Takkan pernah ku jauh
Sentiasa ku teguh
Pertahankan tanah airku
Panas hujan ku tempuh
Penuhi harapanku
Negaraku gagah bersatu

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Cintai Malaysia
Demi Malaysia laungkan bersama
Cintai Malaysia
Walau berbeza warna
Kita semua sama
Bersatu kita takkan goyah
Negaraku Madani
Perpaduan di hati
Selamanya ku Malaysia 

Tekad Perpaduan Penuhi harapan
Cintai Malaysia
Demi Malaysia laungkan bersama
Cintai Malaysia

Oo Oo Oo Oo
Oo Oo Oo Oo 2x
Laungkan bersama
Demi Malaysia
Penuhi tekad harapan kita
Ini negara kita
Cintai Malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Cintai Malaysia
Demi Malaysia laungkan bersama
Cintai Malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Cintai Malaysia
Demi Malaysia laungkan bersama
Cintai Malaysia

Cintai Malaysia...
Selamanya...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post