Senarai Lokasi Perarakan Dan Sambutan Hari Kemerdekaan Setiap Negeri Tahun 2023 & Ambang Merdeka

Senarai Lokasi Perarakan Dan Sambutan Hari Kemerdekaan Di Setiap Negeri Tahun 2023 & Ambang Merdeka

Setiap tahun bila tiba sambutan Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan pada 31 Ogos tak lengkapkan la tanpa ada aktiviti perarakan dan perbarisan kan. Selain sambutan peringkat kebangsaan, ada juga sambutan di setiap negeri.

Selain daripada perarakan dan perbarisan di peringkat kebangsaan yang diadakan di Dataran Putrajaya, setiap negeri juga mengadakan sambutan Hari Kebangsaan sama ada pada 31 Ogos atau Ambang Merdeka pada malam sebelumnya iaitu pada 30 Ogos 2023.

Pada ketika inilah, kita sebagai rakyat malaysia akan berkumpul ramai-ramai berbilang bangsa dan mengenepikan ideologi politik untuk menyambut hari yang bersejarah ini. Boleh tegnok dengan lebih dekat perarakan yang berwarna-warni.

Dalam perarakan dan perbarisan ini kita boleh lihat aksi daripada Tentera Darat Malaysia, Polis DiRaja Malaysai (PDRM), BOMBA, perarakan unit berkuda, persembahan pancaragam, badan-badan beruniform lain dan banyak lagi.

Lokasi Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-66 Tahun 2023 Di Seluruh Malaysia (Peringkat Negeri)

Untuk yang ingin hadir ke perarakan bagi peringkat kebangsaan, anda boleh datang ke Dataran Putrajaya. Untuk yang jauh, anda boleh datang ke sambutan bagi peringkat negeri di lokasi terpilih seawal jam 7.00 pagi pada 31 Ogos 2023, hari Khamis.

PUTRAJAYA (Peringkat Kebangsaan)
Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

JOHOR
Jalan Johor Bahru, Air Hitam (J1) Simpang Renggam, Kluang, Johor
YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor

KEDAH
Dataran Medan Bandar, Alor Setar
KDYMM Tuanku Sultan Kedah & KDYMM Tuanku Sultanah Kedah

MELAKA
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam

NEGERI SEMBILAN
Majlis Bandaraya, Seremban
DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

PAHANG
Padang MBK 4 Kuantan, Pahang
KDYMM Pemangku Raja Pahang

PERAK
Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

PULAU PINANG
Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
Tuan Yang Terutama Tun Dato's Sri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

SABAH
Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu
TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah

SARAWAK
Dewan Politeknik Mukah
TYT Pemangku Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Bin Awang Nassar

TERENGGANU
Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu

lokasi sambutan hari merdeka peringkat negeri seluruh malaysia tahun 2023

Lokasi Ambang Merdeka Seluruh Malaysia (Peringkat Negeri) Tahun 2023

Ada sebahagian negeri yang menyambut Hari Merdeka pada malam sebelumnya iaitu dengan mengadakan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2023, Rabu. Sambutan dibuat bermula jam 8.00 malam.

Pelbagai aktiviti menarik yang sediakan pada malam tersebut seperti persembahan kebudayaan, konsert patriotik, perarakan dan perbarisan pun ada, persembahan anggota beruniform dan paling penting adalah pertunjukan bunga api.

KUALA LUMPUR
Dataran Merdeka
YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim

KELANTAN
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu
YAB Menteri Besar

JOHOR
Dataran IKS, Simpang Renggam, Kluang
YAB Menteri Besar

MELAKA
Dataran Sejarah Ayer Keroh
YAB Ketua Menteri Melaka

PERLIS
Jalan Persiaran Wawasan & Dataran Kompleks DUN
Pemangku Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai

PERAK
Bulatan Sultan Azlan Shah, Meri
YAB Menteri Besar

SELANGOR
Dataran Kemerdekaan Shah Alam
YAB Menteri Besar

SARAWAK
Dataran Pehin Setia Raja, Mukah
YB. Dato' Sri Hjh. Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak

TERENGGANU
Dataran Drawbridge Kuala Terengganu
YAB Menteri Besar

lokasi ambang merdeka seluruh malaysia tahun 2023

Jadi jika anda berdekat pada mana-mana lokasi yang mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 untuk tahun 2023, anda boleh datang beramai-ramai dan memeriahkan suasana. Bawa bendera Malaysia sekali tau.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Lokasi Perarakan Dan Sambutan Hari Kemerdekaan Setiap Negeri Tahun 2023 & Ambang Merdeka"