Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF U23 Tahun 2023

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF B-23 Tahun 2023

Akhirnya kini tiba giliran skuad Harimau Muda apabila perlawanan pertamanya akan berlangsung iaitu antara Malaysia vs Indonesia bagi pasukan bawah-23 iaitu pada 18 Ogos 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Rayong Provincial, Thailand.

Pertemuan ini adalah dalam kejohanan Piala AFF B-23 atau AFF U-23 Champions untuk tahun 2023. Edisi kali ini, kesemua perlawanan akan berlangsung di Rayong, Thailand iaitu bermula 17 hingga 26 Ogos 2023.

Tahun ini, sebanyak 10 pasukan yang mengambil bahagian termasuk Malaysia bagi merebut gelaran juara yang mana dimenangi oleh Vietnam pada edisi 2022 yang lalu. Kejohanan ini mengfokuskan skuad umur bawah 23 tahun dan bukannya pasukan utama.

Daripada kesemua pasukan yang bertanding, mereka telah dibahagikan dalam tiga kumpulan dengan melibatkan 3-4 pasukan daripadanya. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Indonesia dan Timor-Leste.

Pada awalnya mereka akan bermain di peringkat kumpulan secara round-robin satu pusingan. Hanya juara bagi setiap kumpulan dan satu naib juara terbaik akan berjaya mara ke peringkat kalah mati bermula dengan pusingan separuh akhir hinggalah ke final.

Tahun ini merupakan edisi ke-4 yang mana kali pertama diadakan pada tahun 2005. Setakat ini, 3 pasukan berlainan telah memenangi trofi Kejuaraan AFF B-23 iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam. Pencapaian Malaysia terbaik adalah pada edisi pertama di tempat keempat.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Malaysia mensasarkan untuk layak sehingga ke final bagi kejohanan kali ini. Jalan berliku perlu ditempuhi oleh skuad muda negara bermula dengan pertemuan awal juara Sukan SEA 2022 iaitu Indonesia.

Adakah pemain-pemain muda ini mampu untuk bangkit daripada kekecewaan lalu terutamanya dalam saingan Sukan SEA baru-baru ini apabila terpaksa pulang awal? Kali ini mereka kembali lagi untuk satu lagi kejohanan berprestij bagi peringkat Asia Tenggara.

Perlawanan pertama ini, Malaysia akan bertemu Indonesia iaitu pada 18 Ogos 2023. Manakala perlawanan kedua dan terakhir untuk Kumpulan B adalah bertemu Timor-Leste iaitu pada 22 Ogos ini. Malaysia perlu menang kedua-dua perlawanan ini untuk selesa mara ke semi final.

Barisan Kesebelasan Utama Pasukan Malaysia Untuk Piala AFF B-23

Berikut merupakan barisan kesebelasan utama bagi pasukan Malaysia dalam perlawanan ini bagi menghadapi Indonesia.

Siaran Langsung AFF U-23 Championship 2023 Rayong Thailand

Penonton bola sepak tempatan khususnya bagi peminat pasukan Harimau Muda negara pastinya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan aksi pemain yang telah dipilih ini untuk memberikan yang terbaik di atas padang.

Jadi anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM di Sukan RTM. Bagi pelanggan Astro yang tidak mempunyai saluran ini, anda boleh tonton secara live streaming menerusi rtmklik.rtm.gov.my secara percuma sahaja.

Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi pemain muda bawah-23 untuk kejohanan Piala AFF B-23 tahun 2023 antara Malaysia vs Indonesia pada 18 Ogos ini, hari Jumaat bertempat di Stadium Rayong Provincial dan live di RTM

18 Ogos 2023 (Jumaat)

FT : Malaysia (2) - (1) Indonesia

  • Ramadhan Sananta 29'
  • Fergus Tierney 54' (P), 62'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Rayong Provincial
Tayangan : Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF U23 Tahun 2023"