Telefilem Nana Dan Jam Atok Di TV9

Telefilem Nana Dan Jam Atok

Saksikan telefilem Nana Dan Jam Atok yang akan menemui penonton semula pada 18 Ogos 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Orangetree Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emi Suffian dengan nukilan skrip daripada Anina Sahal.

Sinopsis Telefilem Nana Dan Jam Atok

Telefilem Nana Dan Jam Atok menampilkan barisan pelakon seperti Nur Qistina Raisah, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Hafizuddin Fazil, Shanie, Gen Darwish, Danish Hazriq, Ramli Salleh dan ramai lagi.

  • Nur Qistina Raisah sebagai Nana
  • Shukri Yahaya sebagai Samad
  • Nabila Razali sebagai Cikgu Liza
  • Hafizuddin Fazil sebagai Atok Karim
  • Shanie sebagai Kak Nani
  • Gen Darwish sebagai Mikael
  • Danish Hazriq sebagai Farish

Ianya mengisahkan tentang Nana dikenali sebagai seorang pelajar yang pemalas dan sering lewat ke sekolah. Alasan yang biasa digunakan jika datang lambat ke sekolah adalah jam di rumahnya rosak dan tidak berbunyi.

Disebabkan perkara tersebut, ayahnya menukar jam dibilik Nana dengan harapan ada perubahan. Suatu hari, sebelum Nana pulang ke Kuala Lumpur, atuknya telah menghadiahkannya sebuah jam antik yang telah merubah hidup Nana.

Disebabkan jam antik tersebut, masa bermainnya terasa sungguh singkat dan masa belajar semakin lama. Dia cuba untuk membuang jam itu tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Dia tidak mahukan jam tersebut berada di biliknya.

Pelbagai cara Nana cuba untuk menghapuskan jam itu sehingga menghadiahkan jam itu kepada Cikgu Liza sempena Hari Guru akan tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Nana mula pasrah dan kehidupnya semakin berubah ke arah kebaikan.

Telefilem Nana Dan Jam Atok

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Nana Dan Jam Atok Di TV9"